Visi
 
Mempertingkatkan / memastikan pembinaan yang berkualiti tinggi melalui penggunaan bahan-bahan binaan dan produk yang berkualiti
 
Misi
 
Menyediakan dan mengawal pemerakuan bahan dan produk pembinaan untuk memastikan pematuhan kepada kualiti dalam industri pembinaan
 

Fungsi

 

1. Untuk menjalankan pemerakuan bahan dan produk pembinaan (tempatan dan yang diimport) yang dikawal selia di bawah Jadual 4 Akta 520 (Pindaan 2011)

2. Memberi khidmat nasihat kepada semua pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan bahan dan produk pembinaan

3. Untuk membangunkan dan menyusun data dan statistik berkaitan bahan dan produk pembinaan

4. Untuk menyediakan platform bagi perundingan industri berkaitan bahan dan produk pembinaan

 

Objektif

 

1. Memastikan pematuhan kepada Standard Malaysia (MS) dan mengelakkan produk yang sub standard digunakan dalam industri 

2. Menjaga kualiti produk pembinaan lebih selamat digunakan.

3. Memastikan keselamatan orang ramai (pengguna) dan tenaga kerja

4. Memastikan persekitaran dilindungi

5. Memastikan pelaksanaan penandaan standard bahan-bahan untuk meningkatkan kesedaran kualiti di kalangan pengguna awam