Mengenai Kami

Anti Rasuah

Anti Rasuah

Apakah ABMS

Komitmen CIDB dalam menjayakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) ISO 37001:2016 adalah untuk mencegah rasuah dan memastikan bahawa orang yang bertindak bagi pihak CIDB juga mematuhi dasar anti-rasuah yang ditetapkan oleh CIDB.

Selain itu, penglibatan pihak ketiga seperti konsultan, pembekal atau rakan kongsi secara tidak langsung akan terlibat dalam pematuhan dasar anti-rasuah yang diwujudkan dengan memberikan komitmen mereka melalui pematuhan semua peraturan yang ditetapkan oleh CIDB.

Rasuah dalam konteks Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) membawa maksud memberi atau menawarkan, menerima atau meminta atau setuju untuk menerima atau meminta suapan secara langsung atau tidak langsung sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Pihak CIDB komited untuk mempraktikkan tadbir urus terbaik melalui pengurusan risiko rasuah secara terancang demi memberikan perkhidmatan yang cekap dan berintegriti kepada pihak berkepentingan di samping memastikan kawalan serta penambahbaikan dijalankan secara strategik dan berterusan.

Faedah ABMS Kepada Industri

  • Mewujudkan kawalan dalaman untuk mengenalpasti dan menguruskan risiko rasuah di CIDB dengan mewujudkan sistem pengurusan anti rasuah berasaskan risiko
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan CIDB dalam menguruskan risiko yang berkaitan dengan rasuah
  • Meningkatkan kesedaran tentang kesan rasuah terhadap staf CIDB dan pihak yang berkepentingan.
  • Memperkukuh keupayaan dalam mengenal pasti dan menangani isu ketidakpatuhan dalam kalangan warga kerja CIDB.
  • Meningkatkan reputasi dan imej CIDB sebagai Badan Berkanun yang bebas rasuah.
  • Menunjukkan komitmen CIDB terhadap budaya anti rasuah.
  • Mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan pemegang taruh industri binaan secara umumnya terhadap integriti dan akauntabiliti CIDB
Anti Rasuah

Polisi Anti-Rasuah

Polisi Anti Rasuah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ini diwujudkan bagi menerangkan dasar CIDB mengenai peraturan serta larangan terhadap sebarang aktiviti berbentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Polisi ini juga adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta serta peraturan yang berkaitan dan sedang berkuatkuasa. Melalui Polisi ini, ianya dapat membentuk satu hala tuju yang jelas di kalangan pegawai dan kakitangan CIDB untuk bersama-sama dalam usaha membanteras jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam industri pembinaan.

Polisi ABMS ini juga sebagai tanda komitmen pegawai dan kakitangan CIDB dalam menambahbaik Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR), memantapkan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik, telus dan amanah selaras dengan visi “Menjadi organisasi yang unggul dalam mencapai kecemerlangan pembinaan di Malaysia”.

Dengan diterajui oleh Jawatankuasa Tatakelola (JTK) CIDB yang berwibawa, bebas, berautoriti, SPAR dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berupaya untuk menggalakkan pemberian maklumat secara telus pada tahap perlindungan maklumat yang tinggi tanpa kebimbangan yang melampau terhadap tindakan balas.

Sekiranya polisi ini diabaikan atau tidak dipatuhi dengan berkesan, tindakan menurut tatatertib CIDB atau hukuman mengikut undang-undang boleh dikenakan tanpa ragu sebagai peringatan kepada warga kerja CIDB.

PDF
PDF
Anti Rasuah

Objektif Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) ISO 37001:2016

Dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) ini, maka CIDB akan berusaha untuk mencapai objektif-objektif pengurusan rasuah berikut:

  • 1. Menyediakan program kesedaran mengenai Integriti & Antirasuah kepada staf CIDB berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (20 Program Integriti & Antirasuah setiap tahun);
  • 2. Menyediakan saluran yang mesra pengguna dan dikendalikan dengan berkesan bagi aduan dan pemberian maklumat mengenai pelanggaran integriti dan salah laku yang dilakukan oleh staf CIDB;
  • 3. Mewujudkan jalinan kerjasama yang adil, telus dan beretika dengan memastikan pihak berkepentingan mematuhi polisi berkaitan Antirasuah.
Anti Rasuah

Aduan & Pemberian Maklumat Mengenai Pelanggaran Integriti dan Salah Laku Staf CIDB

DEFINISI PELANGGARAN INTEGRITI DAN SALAH LAKU STAF CIDB:

  • Salah laku staf CIDB: tindakan atau peninggalan (omission) yang boleh menyebabkan kemudaratan.
  • Salah laku staf boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:
  • pelanggaran undang-undang (nasional atau antarabangsa), seperti
    penipuan, rasuah termasuk pemberian atau penerimaan suapan;
  • pelanggaran kod tatakelakuan organisasi atau kod lain yang berkaitan, serta pelanggaran dasar/polisi organisasi;
  • kecuaian serius, buli, gangguan, diskriminasi, penggunaan dana atau sumber tanpa kebenaran, penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan,
    pembaziran serius atau salah urus;
  • tindakan atau peninggalan yang mengakibatkan kerosakan atau risiko
    kemudaratan terhadap hak asasi manusia, alam sekitar, kesihatan dan
    keselamatan awam, amalan kerja selamat atau kepentingan awam.
  • Ketidakpatuhan terhadap sebarang peraturan dan undang-undang di Malaysia
(Sumber Rujukan : Whistleblowing management systems-Guidelines ISO 37002)
SALURAN ADUAN PELANGGARAN INTEGRITI DAN SALAH LAKU STAF CIDB:

 

CIDB menyediakan saluran khas untuk menerima sebarang aduan dan maklumat mengenai pelanggaran integriti dan salah laku staf CIDB melalui emel:
EMEL INI ADALAH UNTUK ADUAN PELANGGARAN INTEGRITI DAN SALAH LAKU STAF CIDB SAHAJA
Pengadu atau pemberi maklumat boleh hadir sendiri untuk berjumpa atau menghubungi Pegawai Unit Integriti di Bahagian Audit Dan Risiko atau seperti berikut:
Puan Nur Faeeza Binti Hamdan Fadel
Pengurus
Unit Integriti
Bahagian Audit Dan Risiko
Email/Telefon : [email protected] / 03-62067018
Encik Iskandar Zulzaraeen Bin Zulfakar
Penolong Pengurus
Unit Integriti
Bahagian Audit Dan Risiko
Email/Telefon : [email protected]/ 03-62067030
  • ADUAN DAN PEMBERIAN MAKLUMAT YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN PELANGGARAN INTEGRITI DAN SALAH LAKU STAF CIDB:
     
    Aduan dan pemberian maklumat yang tidak berkaitan dengan pelanggaran integriti dan salah laku staf CIDB (Sebagai contoh: aduan dan pertanyaan mengenai kontraktor, projek dan industri pembinaan, aduan dan pertanyaan mengenai pendaftaran kontraktor, personel binaan, bahan binaan, sistem permohonan online CIMS- CIDB dll) TIDAK DIPROSES di bawah prosedur pengurusan pemberi maklumat Unit Integriti – Bahagian Audit Dan Risiko CIDB

 

  • ADUAN DAN SELAIN DARIPADA PELANGGARAN INTEGRITI DAN SALAH LAKU STAF CIDB HENDAKLAH DISALURKAN MELALUI SISTEM e-Bantuan CIDB
  • Menghantar surat ke alamat (Surat layang atau surat tanpa penama adalah diterima):

CIDB Malaysia
Bahagian Audit & Risiko
Tingkat 15,  CIDB 520
The MET Corporate Towers
No 20 Jalan Dutamas 2
50480 Kuala Lumpur

Anti Rasuah

Pelan Antirasuah Organisasi CIDB  2021-2025 (OACP)

Anti Rasuah

Pensijilan MS ISO 370001:2016

Anti Rasuah

Jadual Latihan Integriti

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

notis senaria hitam

 

 

This will close in 20 seconds