Skip to main content
search

Pembangunan Pengurus

Pentauliahan Pengurus
Pembinaan Pembentungan (SCM)

Pengenalan ObjektifSyarat PentauliahanPemohonKaedah PentauliahanKeberhasilan ProgramLain-Lain Maklumat

Program Untuk Industri

Pengenalan Objektif

Kerja pembetungan adalah aspek penting dalam pembinaan kerana ia bukan sahaja melibatkan kepuasan pelanggan tetapi juga persekitaran & perlindungan.

CIDB dengan kerjasama pihak berkepentingan di sektor pembentungan telah membangunkan kursus latihan untuk ‘Sewerage Construction Manager’, di mana kursus ini dapat menangani permasalahan kualiti pembinaan di sektor pembentungan melalui pengurusan yang betul oleh pegawai yang berkelayakan.

Peserta kursus yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) tahap 5.

Objektif pentauliahan adalah:

  • Mempertingkatkan kualiti pengurusan fasiliti pembinaan yang dilaksanakan oleh personel yang berkelayakan, bertauliah dan kompeten.
  • Memastikan Pengurus Fasiliti dan Eksekutif Fasiliti menepati kehendak National Occupational Skill Standard (NOSS) atau standard terkini yang dibangunkan oleh industri.
  • Memenuhi syarat-syarat pendaftaran kontraktor Fasiliti bagi kod bidang F01 dan F02.
  • Menyediakan platform pendaftaran dan akreditasi yang sistematik.

Syarat Pentauliahan

Kategori Tahap Kelayakan Akademik Pengalaman Kerja (Tahun)
1 Professional berdaftar (cth: Ir., Ar., Sr., PhD)
Registered Professionals (Ir., Ar., Sr.)
2 Sarjana di dalam Pengurusan Projek / bidang berkaitan pembinaan
Master in Project Management / Construction Related Courses
1
3 Sarjana Muda di dalam bidang berkaitan pembinaan
Degree in Construction related courses
3
4 Diploma di dalam bidang berkaitan pembinaan
Diploma in Construction related courses
5
5 Sijil di dalam bidang berkaitan pembinaan
Certificats in Construction related courses
8
6 Sijil Kemahiran Malaysia – Pengurus Pembinaan (Tahap 5)
Construction Manager Level 5
3

Pemohon

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan pembinaan pembentungan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan. Kompetensi ini juga adalah salah satu keperluan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kaedah Pentauliahan

Program pentauliahan pengurus pembinaan (CCM) ini dilaksanakan melalui dua (2) kaedah penilaian iaitu:

  • Kaedah I(a) – Latihan dan Penilaian,
  • Kaedah I(b) – iaitu Penilaian Sahaja, dan

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

Kaedah Proses Penilaian
Kaedah I(a)
Latihan dan Penilaian
Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah I(b)
Penilaian sahaja
Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5 dengan tugas dan tanggungjawab Pengurus Pembinaan Pembentungan (SCM) yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Pengurus Pembinaan Pembentungan bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Keberhasilan Program

Akan dimaklumkan

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

mceia 1

This will close in 20 seconds