Skip to main content
search

Pembangunan Penyelia

Pentauliahan Pegawai
Pengurusan Trafik Pembinaan (CTMO)

Pengenalan ObjektifSyarat PentauliahanPemohonKaedah PentauliahanKeberhasilan ProgramLain-Lain Maklumat

Program Untuk Industri

Pengenalan Objektif

Di dalam industri pembinaan, kerja-kerja yang dijalankan di atas jalan raya atau berhampiran dengan jalan, pemandu akan berhadapan dengan trafik yang berubah dan tidak dijangka. Perubahan ini mungkin berbahaya kepada pengguna jalan raya, pekerja dan pejalan kaki melainkan langkah keselamatan dan prosedur kerja dilakukan dengan betul.
Pengguna jalan raya kemungkinan tidak dapat membezakan keadaan tapak bina dan zon kerja yang dilaksanakan. Oleh itu, langkah kawalan kawalan lalu lintas yang betul amat dititik beratkan untuk menjamin keselamatan pengguna dan pekerja.

Di dalam merealisasikan kejayaan pengurusan trafik yang baik, perlulah mempunyai pengurus-pengurus yang kompeten. CIDB Malaysia telah membangunkan Standard Kompetensi Industri Pembinaan (Construction Industry Competency Standard, CICS) untuk Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan. CICS ini diletakkan di tahap 4 Struktur Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Structure). Mereka-mereka yang telah dinilai kompeten, iaitu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya akan dianugerahkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) sebagai Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan Bertauliah.

Objektif pentauliahan adalah:

  • Menawarkan kepada pegawai-pegawai trafik pembinaan yang berkhidmat di dalam industri pembinaan Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan Bertauliah.
  • Meningkatkan tahap kompetensi Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan Malaysia ketahap yang diiktiraf diperingkat antarabangsa.
  • Menjadikan sistem aliran trafik jalan raya lebih teratur dan sistematik melalui pegawai pengurusan trafik pembinaan yang bertauliah.

Syarat Pentauliahan

Syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan bagi program eksekutif pengurusan fasiliti adalah seperti berikut:

KategoriSyarat Kelayakan MinimaTahun pengalaman di dalam bidang pembinaan yang berkaitan
Kaedah I(a)Kaedah I(b)Kaedah II (RPLE)
1Profesional berdaftar (cth : Ir., Ar., Sr., PhD)33
2Sarjana dalam kejuruteraan awam/pengurusan pembinaan355
3Sarjana Muda dalam bidang berkaitan pembinaan366
4Sarjana Muda dalam bidang bukan berkaitan pembinaan578
5Diploma dalam bidang berkaitan pembinaan588
6Diploma dalam bidang bukan berkaitan pembinaan81010
7Sijil di dalam bidang berkaitan pembinaan101212
8Sijil Kemahiran Malaysia101515

Pemohon

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan trafik pembinaan dan kerja lain yang berkaitan pembinaan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan.

Kaedah Pentauliahan

Program pentauliahan Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  • Kaedah I(a) – Latihan dan Penilaian,
  • Kaedah I(b) iaitu Penilaian Sahaja, dan
  • Kaedah II (RPLE) iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

KaedahProses Penilaian
Kaedah I(a)
Latihan dan Penilaian
Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah I(b)
Penilaian sahaja
Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah I(b) pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
Kaedah II (RPLE)
Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE)
Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 atau 3 di mana bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab.
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II (RPLE) pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 dengan tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Keberhasilan Program

Keberhasilan program (PO) bagi program pentauliahan pegawai pengurusan trafik pembinaan adalah seperti berikut:

POSpecific CriteriaProgram Outcome Statement
PO1Knowledge and CompetentConstruction Traffic Management Officer who has extensive Knowledge and Competent assisting his Project Manager in analysing, evaluating, planning, scheduling, organizing, preparing TMCP drawing, implementating, monitoring, control and reporting of assigned traffic management work according to Acts, Laws, Best Industry Practices, Guidelines, Rules and Regulations and Code of Conducts.
PO2Professional Ethics, Environment, Safety and HealthConstruction Traffic Management Officer who upholds and demonstrates the importance of Profesional Ethics, Environment, Safety and Health work culture at the work zones area and prioritize the sustainable approach in his management and delivering his services using established Traffic Management methodologies such as Construction Traffic Risk Management (CTRM), RSA, TIA, ERP, TMCP, MOS etc.
PO3Contract, Records and ReportConstruction Traffic Management Officer who able to contractually prepare and propose CTMCP, understand CTMP and project management documentations with ability to perform quantity take off, BQ costing estimation and preparation, contract document, CTMSR and all other records and reports, required from his services efficiently in his work zones area.
PO4Communication, Leadership, Teamwork and EnterpreneurshipConstruction Traffic Management Officer who excel in effective communication with his employer and lead the team able to translate the needs into examplary Traffic Management services in coordinate, organize, laiase, present, obtain approvals with the internal and external stakeholders and multi-disciplinary Project Team for compliance with all needs, technical and commercial requirements including satisfactory Entrepreneurship mindset for the sustainability of his profession.
PO5Quality, Planning, Monitoring and ControlConstruction Traffic Management Officer who ensuring a Quality deliverable from his team services through the efficient Planning, Monitoring, Control and Closing activities with establishment of Traffic Management procedures using modern and effective traffic management tools for satisfactory and quality Construction Traffic Management.

Modul pembelajaran yang telah dibangunkan adalah:

Pakej Pembelajaran (M)TajukTempoh Pembelajaran (Hari)
M01INTRODUCTION TO CONSTRUCTION TRAFFIC MANAGEMENT CONTROL1
M02UNDERSTANDING CONSTRUCTION TRAFFIC MANAGEMENT PLAN1
M03PROPOSE AND PREPARE CONSTRUCTION TRAFFIC MANAGEMENT CONTROL PLAN AND ORGANISE RESOURCES2
M04METHOD OF STATEMENT1
M05ORGANISE CONSTRUCTION TRAFFIC MANAGEMENT CONTROL SYSTEM AT WORK ZONE1
M06MONITORING AND CONTROL1
M07ASSESSMENT AND STATISTICS1
M08REPORT1
M09EMERGENCY RESPONSE PLA1
M10LEADERSHIP, COMMUNICATION AND LIAISON1

Lain-Lain Maklumat

  • Borang permohonan
    Sila muat turun di sini
  • Standard CICS CTMO
    Sila muat turun di sini
  • Panduan Penyediaan Laporan Projek
    Sila muat turun di sini

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa