Skip to main content
search

Teknologi

CR 4.0 Dalam Pembinaan

Apakah CR 4.0?

Program Untuk Industri

cons 4 CR 4.0

Apakah CR 4.0?

Revolusi Perindustrian Keempat yang sering diperkatakan kebelakangan ini memerlukan industri pembinaan berubah seiring dengan pembangunan pesat teknologi dan sistem lebih pintar. Revolusi ini menandakan munculnya sistem fizikal siber yang bakal mengubah proses pembinaan di masa hadapan. Penekanan terhadap penggunaan teknologi beserta keperluan peningkatan kemahiran dan pengetahuan menjadi asas yang penting bagi menghadapi perubahan ini. Sejajar dengan perubahan ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia dan kerjasama pihak berkepentingan dalam industri pembinaan sedang membangunkan satu Pelan Strategik Pembinaan 4.0 (2021-20250) bagi membantu industri pembinaan mendepani perubahan ini.

Pelan Strategik Pembinaan 4.0 merupakan satu pelan jangka masa pendek CIDB, untuk tempoh 5 tahun, yang akan menjadi asas bagi merangka program untuk meningkatkan keupayaan industri pembinaan dalam alaf industri 4.0. Pelan strategik ini dibangunkan selaras dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan Dasar Industri 4.0 Nasional (Industry4WRD). Ia juga turut menyokong dan melengkapi dasar-dasar nasional yang lain antaranya adalah Pelan Hala Tuju Strategik Internet of Things (IoT) Kebangsaan, Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, dan Dasar Ekonomi Digital.

Pelaksanaan Pelan Strategik Pembinaan 4.0 ini akan didorong oleh 4 enablers atau pemboleh yang terdiri daripada:

  • Enabler 1- People
  • Enabler 2- Integrated technologies
  • Enabler 3- Economy
  • Enabler 4- Governance

Keempat-empat pemboleh akan menjadi asas bagi memastikan perubahan terhadap Pembinaan 4.0 dapat direalisasikan, seterusnya membentuk satu ekosistem yang lengkap dalam menghadapi perubahan ini. Disamping itu, Pelan Strategik Pembinaan 4.0 juga telah mengenalpasti 12 teknologi utama atau turut dikenali sebagai “disruptive technologies” yang akan mengubah lanskap industri pembinaan di masa hadapan. 12 teknologi tersebut adalah:

  • 1. Building Information Modelling (BIM)
  • 2. Pre-fabrication and Modular Construction
  • 3. Autonomous Construction
  • 4. Augmented Reality & Virtualisation
  • 5. Cloud and Realtime Collaboration
  • 6. 3D Scanning and Photogrammetry
  • 7. Big Data & Predictive Analysis
  • 8. Internet of Things
  • 9. 3D Printing and Additive Manufacturing
  • 10.Advanced building materials
  • 11. Blockchain
  • 12. Artificial Intelligence

Perubahan yang perlu dilakukan dalam era industri 4.0 adalah kompleks dan dinamik selaras dengan arus perubahan teknologi yang akan kita alami di masa hadapan. Perkara ini menuntut satu tadbir urus yang efisien dan hubungan kerjasama yang baik antara pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan, industri, akademia dan masyarakat. Setiap pihak perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kelangsungan usaha dalam mengubah industri pembinaan kearah berdaya saing dan seterusnya menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Info lanjut

Kunjungi Laman

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

mceia 1

This will close in 20 seconds