Skip to main content
search

Teknologi

Sistem Binaan Berindustri (IBS)

Apakah IBSKenapa Perlu IBSSenarai Pembekal IBSKemudahan Pusat IBSProgram IBSPencapaian IBS

Program Untuk Industri

Apakah IBS

Sistem atau kaedah pembinaan bangunan yang mana komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut dan dipasang dalam kerja pembinaan dengan penggunaan pekerja yang minimum di tapak.

Kenapa Perlu IBS

  • Pengurangan Buruh Binaan
    Mekanisma Pemasangan Yang Sistematik Dapat Mengurangkan Penggunaan Tenaga Pekerja Di Tapak Pembinaan
  • Produktiviti
    Penggunaan Komponen Pra-Fabrikasi Dan Proses Pemasangan Komponen Yang Mudah Dan Cepat
  • Keselamatan & Kualiti Produk
    Penghasilan Produk/Komponen Melalui Proses Dan Prosedur Operasi Yang Terkawal Bagi Mencapai Kualiti Yang Ditetapkan
  • Pengurangan Pembaziran Bahan Binaan
  • Kos Efektif
  • Masa

Senarai Pembekal IBS

Pengenalan

Senarai Pengeluar IBS yang telah melalui proses IBS Manufacturer & Product Assessment & Certification (IMPACT).

IMPACT ialah penilaian bagi menjamin kualiti produk dan komponen merangkumi kitaran proses lengkap iaitu Verifikasi, Validasi, Pengujian & Pensijilan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Construction Industry Standard (CIS:24) yang menjadi panduan untuk memantau dan menilai kualiti produk serta memperolehi pensijilan menepati standard pengujian.

Kemudahan Pusat IBS

CIDB-IBS-Sdn-Bhd-new-logo
komponen-ibs

Galeri ini mempamer ciri fleksibiliti pembinaan IBS, penggunaan IBS untuk menghasil semula bangunan sedia ada semasa, serta mencipta bangunan baharu.

Di sini ditunjukkan skala komponen IBS selengkapnya yang kini boleh diperoleh di pasaran Malaysia, serta pusat rujukan IBS untuk memanfaat pereka bentuk, kontraktor dan orang awam.

Di samping itu, faktor skor IBS bagi setiap komponen dan contoh pengiraan skor IBS turut dipamerkan di sini. Galeri ini terbahagi kepada enam zon utama – Sistem Acuan, Sistem Kerangka Keluli, Sistem Konkrit Pratuang, Sistem Acuan, Sistem Kerangka Balak serta Lain-lain Komponen Pembinaan Pratuang.

Zon: Sistem Acuan
Zon: Sistem Formwork
Zon: Sistem Kerangka Balak
Zon-Sistem-Kerangka-Balak-Timber-panel-ok
Zon: Sistem Komponen Pratuang
Zon: Sistem Kerangka Keluli
Zon: Lain-lain Komponen Pratuang

Galeri Info IBS

Mula beroperasi pada 2008, galeri ini mengumpul pelbagai maklumat mengenai IBS dalam bentuk penerbitan poster pendidikan bercetak, penerbitan multimedia, model bangunan IBS dan sampel produk.

Galeri terbahagi kepada enam bahagian utama – Latar Belakang, Teknologi IBS, Kajian Kes IBS, Polisi dan Insentif IBS, Pusat IBS dan IBS Timeline & Product talk.

Show Village

IBS Show Village mempamer tiga struktur kediaman hibrid IBS iaitu sebuah banglo, sebuah apartmen dan seunit rumah teres. Ketiga-tiga bangunan pada asalnya direka bentuk dan dibina berasaskan prinsip Open Building dan komponen IBS. Kesemua struktur binaan tersebut dikekalkan di perkarangan Pusat IBS dan dijadikan unit-unit IBS Show Village bagi tujuan promosi dan latihan.

  • Unit banglo – mengguna blok konkrit ringan dan memanca pratuang.
  • Unit Rumah Teres – mempamer sistem acuan sebagai penyelesaian pembinaan struktur utama IBS.
  • Unit Apartmen – memperinci dinding galas beban konkrit pratuang dan mengguna rasuk dan tiang secara ekstensif.

Lain-lain komponen IBS yang diguna dalam pembinaan struktur kediaman pamer termasuk kekuda keluli & bumbung balak, drywall dan pod bilik mandi.

Kesemua unit kediaman pamer IBS mencapai skor IBS yang tinggi.

Kemudahan Menguji IBS (Makmal Kerja Raya Malaysia)

Makmal kejuruteraan struktur berat skala penuh yang dikenali sebagai Makmal Kerja Raya Malaysia ini diurus oleh Construction Research Institute of Malaysia (CREAM), iaitu cabang penyelidikan dan pembangunan (R&D) CIDB. Makmal Kerja Raya Malaysia dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan dan kelengkapan pengujian yang terkini untuk menyokong kerja R&D berkaitan komponen dan bahan binaan IBS.

Dalam masa yang sama, ia juga menyedia kemudahan menguji untuk komponen struktur skala penuh, yang tidak terdapat di tempat lain. Di samping menjadi makmal menguji penyelidikan, ia juga berfungsi sebagai agensi pentauliahan, yang menyokong industri pembinaan dengan menyedia khidmat menguji tentukur dan khusus.

Antara kemudahan utama Makmal Kerja Raya termasuk lantai tindak balas berukuran 15m lebar dan 26m panjang, dinding tindak balas berukuran 6m panjang dan 6m tinggi, mesin menguji universal 2000kN, mesin menguji dinamik 200kN, penggerak statik dengan kapasiti maksimum 2000kN, penggerak dinamik 300kN dan mesin mampatan konkrit dengan kapasiti maksimum 5000kN.

Kemudahan yang ada memboleh ujian struktur dijalankan pada stuktur IBS saiz sebenar, struktur, model, bangunan prototaip, jambatan, galang, dan lain-lain komponen IBS.

Pemasangan dinding tindak balas memboleh pengujian sistem beban tergabung dilakukan pada elemen struktur, iaitu secara menegak dan mendatar. Turut boleh dilaksanakan ialah lain-lain ujian termasuk ujian ketahanan dan penentuan sifat kekuatan dinamik komponen serta ujian contoh bahan pembinaan seperti tegangan, mampatan, lenturan, ricihan dan ujian tarik keluar.

Makmal Kerja Raya adalah yang pertama negara memperkenal penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) dalam kemudahan menguji mampatan konkrit. Inilah sebahagian kawalan kualiti lengkap dalam menjalani ujian konkrit demi menyokong pembangunan industri pembinaan.

Program IBS

Program Pendaftaran Pengeluar dan Produk IBS

Program Pengeluar & Produk IBS merupakan skim yang menaksir dan memperaku pengeluar, pengedar, pembekal dan ejen produk IBS, berpandukan suatu set keperluan pengesahan.

Matlamat utama adalah untuk menghasilkan senarai pengeluar IBS yang diperakui untuk rujukan industri pembinaan negara ini. Terdapat dua skop perakuan yang dinyatakan berikut:

  • 1) Status Pengeluar IBS
  • 2) Status Pengedar / Pembekal / Ejen IBS

Kedua-dua kategori ini dikelaskan selanjutnya kepada enam kumpulan khusus, iaitu:

  • 1) Sistem Konkrit Pratuang
  • 2) Sistem Kerangka Logam
  • 3) Sistem Acuan
  • 4) Sistem Kerangka Balak
  • 5) Sistem Blockwork
  • 6) Lain-lain Sistem IBS (merujuk kepada komponen menjimat tenaga buruh)

Pengeluar bertauliah ini layak mendapat manfaat berikut:

  • Tersenarai dalam “Certified IBS Manufacturer List”. Senarai ini memudah organisasi kerajaan dan swasta memilih produk dan firma yang diperakui kualiti.
  • Penglibatan dalam aktiviti promosi kendalian CIDB Malaysia menerusi penyenaraian di portal web IBS, IBS Digest, dan direktori Orange Book.

Program Latihan Kontraktor IBS

Program Latihan Kontraktor IBS melatih kontraktor dalam lima jenis modul pengkhususan.

B01

IBS : Konkrit Pratuang

B02

Sistem Kerangka Keluli

B19

Sistem Acuan

B22

Sistem Blok

B23

Sistem Kerangka Balak

Program Latihan Pemasang IBS

Program ini diperkenalkan untuk mentauliah pekerja mahir pemasang komponen IBS. Terbuka kepada mereka yang bekerja di Malaysia, dan yang berhasrat memfokus kepada lapangan pekerjaan khusus. Juga laluan peroleh kecekapan yang diperlukan.

Program ini berasas amalan standard National Occupational Skill Standard (NOSS) dan dibangunkan untuk lima jenis kemahiran dan aras kemahiran.

  • IBS – Konkrit Pratuang
    1. i. Aras 1: Pemasang Konkrit Pratuang (Bangunan)
    2. ii. Aras 2: Pemasang Konkrit Pratuang (Bangunan)
    3. iii. Aras 3: Pemasang Konkrit Pratuang (Bangunan)
  • IBS – Panel Ringan
    1. i. Aras 1: Pemasang Panel Ringan
    2. ii. Aras 2: Pemasang Panel Ringan
    3. iii. Aras 3: Penyelia Panel Ringan
  • IBS – Lightweight Blockwall
    1. i. Aras 1: Pemasang Blok Dinding Ringan
    2. ii. Aras 2: Pemasang Blok Dinding Ringan
    3. iii. Aras 3: Penyelia Blok Dinding Ringan
  • Sistem Acuan IBS
    1. i. Aras 1: Pemasang Sistem Acuan
    2. ii. Aras 2: Fomen Sistem Acuan
    3. iii. Aras 3: Penyelia Sistem Acuan
  • Kekuda Bumbung IBS
    1. i. Aras 1: Pemasang Kekuda Bumbung (Balak)
    2. ii. Aras 2: Pemasang Kekuda Bumbung (Balak)
    3. iii. Aras 1: Pemasang Kekuda Bumbung (Keluli Tolok Ringan)
    4. iv. Aras 2: Pemasang Kekuda Bumbung (Keluli Tolok Ringan)
    5. v. Aras 3: Penyelia Kekuda Bumbung (Keluli Tolok Ringan)

Para peserta yang menyempurnakan kursus akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dan 25 mata CCD.

Program Latihan IBS Professional

Program Latihan ini khusus untuk individu pihak profesional IBS, yang menyasarkan arkitek, jurutera awam, jurukur bahan, jurutera mekanikal dan elektrikal yang terlibat dalam projek binaan.

Objektif program adalah untuk memudahkan pelaksana projek kerajaan dan swasta memulakan projek IBS.

Isi modul dan kriteria setiap program telah dirumuskan dengan kerjasama pelbagai badan profesional dan kerajaan yang mewakili Kementerian Kerja Raya, Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Jurukur Bahan Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Institut Jurukur Malaysia (ISM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), dan The Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM).

Senarai kursus yang perlu disempurnakan:

MO 01

Pengenalan Kepada Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk Bangunan

MO 02

Sistem Koordinasi Modular

MO 03

Manual for IBS Content Scoring System (IBS Score)

MO 04

Konsep Reka Bentuk Sistem Konkrit Pra-tuang

MO 05

Pengurusan Projek

Pencapaian IBS

Projek Kerajaan

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

mceia 1

This will close in 20 seconds