Pembangunan Kontraktor & Latihan
Bahagian Pembangunan Kontraktor (BPK)
Misi BPK
Merangka, menganalisa dan membangunkan kontraktor dengan menerapkan ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam menghasilkan kontraktor yang berdaya saing dan berpotensi mencapai taraf antarabangsa.
Visi BPK
Sebagai tonggak dalam usaha meningkatkan imej industri pembinaan Malaysia melalui pembangunan kapasiti dan kapabiliti kontraktor seiring dengan fungsi CIDB ke arah melahirkan kontraktor yang berprestij tinggi.
Objektif BPK
- 1. Peningkatan Kapabiliti
Merangka, merancang dan melaksanakan program-program berkaitan peningkatan kapabiliti kontraktor dari aspek produktiviti, teknologi dan kualiti. - 2. Pembelajaran Berterusan
Menerapkan ilmu pengetahuan serta kepakaran kontraktor berdasarkan perkembangan teknologi semasa - 3. Khidmat Nasihat
Menyediakan khidmat nasihat kepada kontraktor dalam membangunkan syarikat yang berprestasi tinggi dan kompeten - 4. Kerjasama Dan Libat Urus
Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk melahirkan kontraktor-kontraktor yang lebih kompeten - 5. Program Usahawan
Menyediakan program-program berkaitan usahawan binaan bagi melahirkan usahawan/kontraktor muda
Kursus Pengurusan Kontraktor (SKP)
Pengenalan
Program Latihan Pengurusan Kontraktor dibangunkan di bawah inisiatif program Pembangunan Kecekapan Kontraktor CIDB dan bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan keterampilan kontraktor di dalam industri pembinaan Malaysia. Sehubungan dengan itu program ini juga menggalakkan kontraktor dan kakitangan mereka untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kompetensi mereka di dalam bidang yang ingin diceburi.
Kursus ini dilaksanakan oleh Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) yang berdaftar dengan CIDB.Â
Objektif Program
Objektif program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kontraktor dalam melaksanakan projek mengikut tred / kepakaran tertentu.Â
Peserta yang lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Pengurusan Kontraktor (SKP) dan seterusnya melayakkan mereka untuk :Â
- i. Menambah pengkhuhusan dalam Perakuan Pendaftaran KontraktorÂ
- ii. Membida projek yang berkaitan dengan pengkhuhusanÂ
- iii. Mendapatkan mata Continuous Contractor Development (CCD)
Senarai Modul yang Ditawarkan
| BIL | KOD | TAJUK |
|---|---|---|
| 1 | KK-T-001 | MASONRY WORKS PENERAPAN BATA & PELEPAAN |
| 2 | KK-T-002 | PENJUBINAN |
| 3 | KK-T-003 | PEMBENGKOKKAN BESI |
| 4 | KK-T-004 | PERPAIPAN - BANGUNAN & SANITARI, RETIKULASI AIR |
| 5 | KK-T-005 | PERPAIPAN - PEMBENTUNGAN (SEWERAGE) |
| 6 | KK-T-006 | PEMASANGAN SILING & PLASTERBOARD |
| 7 | KK-T-007 | PEMASANGAN - DRYWALL & DINDING SESEKAT |
| 8 | KK-T-008 | PEMASANGAN STRUKTUR KELULI |
| 9 | KK-T-009 | PERTUKANGAN BESI & LOGAM |
| 10 | KK-T-010 | PEMASANGAN LAPISAN PELINDUNGAN KALIS AIR & PEMBAIKAN KONKRIT |
| 11 | KK-T-011 | IBS - PRECAST CONCRETE PANEL |
| 12 | KK-T-011(A) | IBS - PRECAST COLUMN & BEAM (A) |
| 13 | KK-T-012 | PEMBINAAN SISTEM, SALIRAN PERMUKAAN & SALIRAN BAWAH TANAH |
| 14 | KK-T-013 | PEMBINAAN LANDSKAP & PEMBINAAN PADANG PERMAINAN |
| 15 | KK-T-014 | PEMBINAAN PAVEMENT & PEMBINAAN HARDSTAND |
| 16 | KK-T-015 | JAMBATAN |
| 17 | KK-T-016 | STRUKTUR MARIN |
| 18 | KK-T-017 | SISTEM BEKALAN AIR |
| 19 | KK-T-018 | SISTEM PEMBENTUNGAN |
| 20 | KK-T-019 | SISTEM PERLINDUNGAN CERUN |
| 21 | KK-T-020 | KERJA PENYIASATAN & PENSTABILAN TANAH |
| 22 | KK-T-021 | KERJA TANAH |
| 23 | KK-T-022 | KERJA JALAN |
| 24 | KK-T-023 | SISTEM PENYAMAN UDARA & PENGEDARAN UDARA |
| 25 | KK-T-024 | SISTEM AUTOMASI BANGUNAN |
| 26 | KK-T-025 | SISTEM PENCEGAH & PERLINDUNGAN KEBAKARAN |
| 27 | KK-T-026 | SISTEM KESELAMATAN BANGUNAN |
| 28 | KK-T-027 | KERJA PEMBAIKAN KONKRIT |
| 29 | KK-T-028 | KERJA CERUCUK |
| 30 | KK-T-029 | KERJA KACA |
| 31 | KK-T-030 | KERJA BUMBUNG |
| 32 | KK-T-031 | KERJA BANGUNAN - PERUMAHAN |
| 33 | KK-T-032 | KERJA BANGUNAN - INSTITUSI PENDIDIKAN |
| 34 | KK-T-033 | KERJA BANGUNAN - HOSPITAL |
| 35 | KK-T-034 | KERJA BANGUNAN - PERNIAGAAN |
| 36 | KK-T-035 | KERJA BANGUNAN - INDUSTRI |
| 37 | KK-T-036(1) | KERJA BANGUNAN - PENGUBAHSUAIAN (5 HARI) |
| KK-T-036(2) | KERJA BANGUNAN - PENGUBAHSUAIAN (2 HARI) | |
| 38 | KK-T-037 | KERJA BANGUNAN - PENYENGGARAAN BANGUNAN & PERSEKITARAN |
| 39 | KK-T-038 | KERJA CAT |
| 40 | KK-T-039 | PEMASANGAN BUMBUNG & CLADDING LOGAM |
| 41 | KK-T-040 | PEMASANGAN PAPAN TANDA ARAH |
| 42 | KK-T-041 | HIASAN DALAMAN |
| 43 | KK-T-042 | KAWALAN BANJIR |
| 44 | KK-T-043 | LIF & ESKALATOR |
| 45 | KK-T-044 | SISTEM BUNYI |
| 46 | KK-T-045 | IBS - SISTEM BLOK |
| 47 | KK-T-046 | IBS - SISTEM FORMWORK |
| 48 | KK-T-047 | KERJA MEROBOH |
| 49 | KK-T-048 | PENGURUSAN FASILITI |
MOD Latihan
- i. Latihan Pengurusan Teknikal ini dilaksanakan selama 5 hari berturut-turut dan dijalankan selama 8 jam sehari.
- ii. Peserta diwajibkan untuk mengikuti latihan sebelum menduduki penilaian. Latihan akan dikendalikan oleh CIDB bersama/melalui Pusat Latihan Bertauliah (PLB) yang dilantik. Tempoh latihan adalah lima (5) hari dimana empat (4) hari latihan teori yang merangkumi pembelajaran kesemua sembilan (9) pakej latihan dan satu (1) hari peperiksaan penilaian
- iii. Performance Assessment PAS dan Knowledge Assessment KAS.
Penilaian
Di akhir kursus, peserta akan menduduki ujian penilaian untuk menguji tahap kefahaman dan pengetahuan peserta berkaitan dengan kursus yang dikenali sebagai Knowledge Assessment (KAS) dan Performance Assessment (PAS). Soalan ujian akan disediakan oleh CIDB.
Penilaian akan dilaksanakan berasaskan pengetahuan (KAS) dan prestasi (PAS) kepada peserta kursus, seperti yang telah ditetapkan oieh CIDB.
Kriteria penilaian terbahagi kepada dua (2) elemen tersebut, seperti berikut:
- a) Bahagian pertama penilaian prestasi (PAS) – penilaian berbentuk aplikasi/simulasi Penilaian ini boleh diberikan berbentuk individu atau berkumpulan. Calon akan diminta menjawab dengan memberikan cadangan atau solusi kepada sesuatu situasi kajian kes (case study). Anggaran masa penilaian adalah lima (5) jam.
- b) Bahagian kedua pengetahuan (KAS) – penilaian individu. Calon akan diminta menjawab lima puluh (50) soalan yang merangkumi kesemua sembilan (9) Pakej Latihan (PL). Masa penilaian adalah tiga (3) jam.
Setiap komponen KAS dan PAS mestilah menguji kompetensi peserta berlandaskan setiap PL yang terdapat di dalam modul seperti berikut:
Modul Teknikal – PL01, PL02, PL03, PL04, PL05, PL06, PL07, PL08 dan PL09
Kriteria Pemarkahan
Bagi menentukan peserta layak mendapat sijil, peserta hendaklah menduduki KAS dan PAS serta LULUS penilaian dengan markah lulus adalah 70%.
| Penilaian | Markah Penuh | Markah Minimum |
|---|---|---|
| KAS | 60 | 42 |
| PAS | 40 | 28 |
| JUMLAH | 100 | 70 |
Vendor Development Programme (VDP) CIDB
Pengenalan
Vendor Development Programme (VDP) CIDB merupakan inisiatif strategik Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi memperkasa kapasiti dan daya saing kontraktor tempatan melalui pembangunan kompetensi, pemindahan teknologi, pembangunan perniagaan serta pengukuhan akses kepada rantaian bekalan industri.
Program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama kementerian, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional (MNC), pemilik aset (asset owner) dan pemain industri bagi melahirkan kontraktor yang berdaya saing, berkemahiran tinggi dan bersedia memenuhi keperluan industri semasa serta masa hadapan.
Merangka, menganalisa dan membangunkan kontraktor dengan menerapkan ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam menghasilkan kontraktor yang berdaya saing dan berpotensi mencapai taraf antarabangsa.
Objektif ProgramÂ
Program Vendor Development Programme (VDP) CIDB bertujuan untuk:
- Meningkatkan kapasiti dan keupayaan kontraktor tempatan melalui pembangunan kompetensi teknikal, pengurusan dan keusahawanan.
- Membangunkan kontraktor yang memenuhi standard industri dan keperluan vendor syarikat peneraju.
- Memudah cara penyertaan kontraktor dalam rantaian bekalan projek strategik negara.
- Meningkatkan akses kepada peluang perniagaan, latihan, pensijilan dan pemindahan teknologi.
- Memperkukuh daya saing kontraktor tempatan dalam sektor pembinaan domestik dan antarabangsa.
Komponen Program
Program VDP CIDB merangkumi beberapa komponen utama, antaranya:
- Pembangunan Kompetensi
Latihan teknikal, pengurusan, pensijilan profesional dan pembangunan modal insan mengikut keperluan industri. - Business Matching
Sesi padanan perniagaan antara kontraktor dengan syarikat peneraju, GLC, MNC dan pemilik aset bagi membuka peluang kerjasama dan penyertaan dalam rantaian bekalan.
- Coaching & Mentoring
Bimbingan oleh pakar industri dan syarikat peneraju bagi meningkatkan keupayaan pengurusan, operasi dan pembangunan perniagaan kontraktor. - Pendedahan Industri
Lawatan teknikal, perkongsian amalan terbaik serta pendedahan kepada teknologi, standard dan inovasi terkini dalam sektor pembinaan. - Pensijilan dan Akreditasi
Penyediaan laluan kepada pensijilan profesional dan kompetensi yang diiktiraf industri bagi meningkatkan kebolehpasaran kontraktor.
Bidang TumpuanÂ
VDP CIDB memberi tumpuan kepada pembangunan kontraktor dalam sektor-sektor strategik seperti:
- Infrastruktur Pengangkutan
- Lapangan Terbang
- Sistem Pembetungan
- Pengurusan fasiliti
- Tenaga Boleh Baharu
- Bangunan Pintar dan Pendigitalan Pembinaan
Kumpulan Sasaran
Program ini terbuka kepada:
- Kontraktor berdaftar CIDB
- Kontraktor Bumiputera
- Kontraktor Gred G1 hingga G4
- Usahawan teknikal
- Vendor industri pembinaan
- Syarikat yang berpotensi menyertai rantaian bekalan projek strategik
Faedah Penyertaan
Peserta program berpeluang untuk:
- Meningkatkan kompetensi dan keupayaan syarikat
- Mendapat bimbingan daripada syarikat peneraju industri.
- Mengikuti latihan dan pensijilan yang diiktiraf
- Menjalin rangkaian strategik dengan agensi dan pemain industri.
- Meningkatkan peluang menyertai projek dan rantaian bekalan industri
- Memperkukuh daya saing serta kemampanan perniagaan.
Rakan Strategik
VDP CIDB dilaksanakan melalui kerjasama dengan pelbagai rakan strategik termasuk kementerian, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional (MNC), institusi kewangan, institusi latihan serta pemain industri bagi memastikan program yang dilaksanakan memenuhi keperluan sebenar industri.
Hubungi Kami
Bahagian Pembangunan Kontraktor
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Telefon: 03-55673300
Whatsapp: 017-7071228
E-mel: [email protected]
Laman Web: www.cidb.gov.my
Program Untuk Industri




