Skip to main content
search

Pembangunan Penyelia

Pentauliahan Eksekutif
Pengurusan Fasiliti (FME)

Pengenalan ObjektifSyarat PentauliahanPemohonKaedah PentauliahanKeberhasilan ProgramLain-Lain Maklumat

Program Untuk Industri

Pengenalan Objektif

Peranan kontraktor fasiliti adalah mencabar dan penting. Terdapat keperluan kontraktor fasiliti untuk terus membangun dan memperoleh kemahiran yang lebih canggih, pengetahuan yang lebih meluas dan prosedur kerja yang lebih efektif seiring dengan kemajuan teknologi, ekonomi dan sosial agar dapat bersaing di peringkat global.

Bagi tujuan menambahbaik keupayaan kontraktor fasiliti yang berdaftar dengan Lembaga, tahap kompetensi pengarah syarikat dan pegawai teknikal perlu diukur dan ditauliahkan melalui program pentauliahan Pengurus Pengurusan Fasiliti (Facility Management Manager) dan Eksekutif Pengurusan Fasiliti (Facility Management Executive) berdasarkan standard kompetensi yang dibangunkan oleh pihak Lembaga. Pihak Lembaga juga telah mensyaratkan hanya syarikat kontraktor yang mempunyai Pengarah Syarikat/Pegawai Teknikal yang telah diukur dan diakui pentauliahannya sahaja yang layak untuk dipertimbangkan untuk didaftarkan sebagai Kontraktor Fasiliti dengan pengkhususan F01 dan F02. Namun, pentauliahan ini tidak terhad kepada personel binaan yang terlibat atau bekerja dengan kontraktor, tetapi dibuka kepada mana-mana personel binaan yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga.

Oleh itu, bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga, pengarah syarikat dan pegawai teknikal bagi pengkhususan kontraktor fasiliti F01 dan F02 serta mana-mana personel binaan yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pengurusan fasiliti adalah dikehendaki dan digalakkan memohon mendapatkan pentauliahan dari pihak Lembaga.

Objektif pentauliahan adalah:

  • Mempertingkatkan kualiti pengurusan fasiliti pembinaan yang dilaksanakan oleh personel yang berkelayakan, bertauliah dan kompeten.
  • Memastikan Pengurus Fasiliti dan Eksekutif Fasiliti menepati kehendak National Occupational Skill Standard (NOSS) atau standard terkini yang dibangunkan oleh industri.
  • Memenuhi syarat-syarat pendaftaran kontraktor Fasiliti bagi kod bidang F01 dan F02.
  • Menyediakan platform pendaftaran dan akreditasi pentauliahan yang sistematik.

Syarat Pentauliahan

Syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan bagi program eksekutif pengurusan fasiliti adalah seperti berikut:

KategoriKelayakan Minima AkademikTahun pengalaman di dalam bidang pembinaan yang berkaitan
Kaedah I(a)Kaedah I(b)Kaedah II (RPLE)
1Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Fasiliti245
2Sarjana Muda dalam bidang Pembinaan5810
3Sarjana Muda dalam bidang bukan Pembinaan81012
4Diploma dalam bidang Pengurusan Fasiliti5810
5Diploma dalam bidang bidang Pembinaan81012
6Diploma dalam bidang bukan Pembinaan101215

Pemohon

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan fasiliti bangunan dan infrastruktur serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan, terutamanya Pengarah Syarikat dan Pegawai Teknikal dari kontraktor-kontraktor yang melaksanakan bidang Pengurusan Fasiliti Bangunan dan Infrastruktur Am, Pengurusan Fasiliti Bangunan Penjagaan Kesihatan

Kaedah Pentauliahan

Program pentauliahan eksekutif pengurusan fasiliti (FME) ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  • Kaedah I(a) – Latihan dan Penilaian,
  • Kaedah I(b) – iaitu Penilaian Sahaja, dan
  • Kaedah II (RPLE) – iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

KaedahProses Penilaian
Kaedah I(a)
Latihan dan Penilaian
Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah I(b)
Penilaian sahaja
Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah I(b) pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
Kaedah II (RPLE)
Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE)
Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 atau 3 di mana bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab.
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II (RPLE) pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 dengan tugas dan tanggungjawab Eksekutif Pengurusan Fasiliti (FME) yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, EKsekutif Pengurusan Fasiliti bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Keberhasilan Program

Keberhasilan program (PO) bagi program program pentauliahan eksekutif pengurusan fasiliti (FME)

POKriteria KhususHasil Program
PO1Berpengetahuan dan KompetenPenyelia Tapak Bina yang berpengetahuan, kompeten untuk memudahcara kerja penyeliaan secara cekap bagi memenuhi kos, masa dan kualiti yang dijangkakan daripada projek
PO2Keselamatan, KualitiPenyelia Tapak Bina yang mementingkan budaya keselamatan di tempat kerja dan memastikan kerja yang ditugaskan diselesaikan dengan berkualiti
PO3Efektif dalam Pasukan Berpelbagai DisiplinPenyelia Tapak Bina yang mampu bekerja secara berdikari namun efektif dalam pasukan multi disiplin untuk kecemerlangan industri pembinaan
PO4Dipercayai dan Berkomunikasi Dengan EfektifPenyelia Tapak Bina yang boleh dipercayai, membantu dan berkomunikasi dengan efektif dan menyumbangkan kemahirannya untuk pengurusan projek yang cekap
PO5Etika dan Alam SekitarPenyelia Tapak Bina yang mengamalkan tanggungjawab etika terhadap masyarakat, alam sekitar dan memegang kepentingan pembangunan mampan dalam kerjayanya
Module (M)Module Name
Module 01 (M01)Introduction to Facilities Management
Module 02 (M02)Operation And Maintenance (O&M) Coordination
Module 03 (M03)Leadership & Strategy Implementation
Module 04 (M04)Finance Administration
Module 05 (M05)Communication
Module 06 (M06)Human Resource Management
Module 07 (M07)Contract Administration
Module 08 (M08)Quality Control and Legislation Coordination
Module 09 (M09)Project Management
Module 10 (M10)Healthcare Facilities Management
Module 11 (M11)Sustainability Healthcare Facilities

Lain-Lain Maklumat

  • Borang permohonan
    Sila muat turun di sini
  • Panduan Penyediaan Laporan Projek
    Sila muat turun di sini
  • Standard NOSS FME
    Sila muat turun di sini

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa