Skip to main content
search

Soalan Lazim

CIMS CIDB

Siapakah boleh mendaftar ID Pengguna CIMS?

Individu tempatan dan majikan/syarikat boleh mendaftar menggunakan pautan https://cims.cidb.gov.my/SMIS/regcontractor/regnewuser.vbhtml

Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan ID Pengguna CIMS?

Selepas mendaftar, sila semak di dalam folder ‘inbox’ atau ‘spam’ atau ‘junk’ emel didaftarkan untuk melihat dan klik pautan pengaktifan emel

Bagaimanakah saya dapat menjana semula emel pengaktifan?

Sila klik kepada ‘Tidak menerima emel pengaktifan’ di cims.cidb.gov.my dan semak di dalam folder ‘inbox’ atau ‘spam’ atau ‘junk’ emel didaftarkan untuk melihat dan klik pautan pengaktifan emel

Bagaimanakah saya dapat membatalkan emel lama dan menukar kepada emel baru?

Sila masukkan maklumbalas baru di e-bantuan untuk memohon pembatalan id lama. Tunggu emel selanjutnya daripada Careline CIDB untuk menghantar dokumen untuk pengesahan sebelum id lama dapat dibatalkan.

Pendaftaran Kontraktor

Bagaimanakah saya ingin memohon pendaftaran baru/pembaharuan bagi perkara yang berikut?

1. Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)

Permohonan baru dan pembaharuan boleh dilakukan dengan log masuk ke CIMS dan ikuti manual seperti pautan ini:

PDF
2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Permohonan baru dan pembaharuan boleh dilakukan dengan log masuk ke CIMS dan ikuti manual seperti pautan ini:

PDF
3. Sijil Taraf Bumiputera (STB)

Permohonan baru dan pembaharuan boleh dilakukan dengan log masuk ke CIMS dan ikuti manual seperti pautan ini:

PDF

Berapakah bayaran dikenakan untuk pendaftaran dan pembaharuan kontraktor tempatan?

Yuran (RM)
Yuran Proses
  • 30 (pembaharuan dalam tempoh pendaftaran)
  • 50 (Baru @ pendaftaran semula)
Pendaftaran baru / semula
G120
G280
G3150
G4350
G5700
G61000
G71400
Pembaharuan50% daripada yuran pendaftaran (jika tidak melibatkan perubahan gred).

Maklumat lanjut rujuk pautan ini di muka surat 5-6 (fee proses) & 10 (yuran pendaftaran):

PDF

Bagaimanakah saya ingin menyemak status permohonan?

  • Status permohonan boleh disemak dengan:
    Login ke dalam sistem CIMS > Registration > View Application History

 

  • Surat keputusan permohonan juga boleh disemak dengan:
    Login ke dalam sistem CIMS > Registration > View Letter & Certificate

Bagaimanakah saya ingin membuat pengisytiharan projek?

Pengisytiharan projek boleh dilakukan dengan mengikuti panduan seperti pautan berikut:

PDF

Berapakah nilai kontrak yang layak dikenakan levi dan berapa nilai levi?

Levi sebanyak 0.125% dikenakan keatas jumlah kontrak kerja pembinaan yang melebihi lima ratus ribu ringgit dan ke atas (>RM500,000.00).

Siapakah yang bertanggungjawab membayar levi tersebut?

Bayaran levi perlu dijelaskan/dibayar oleh kontraktor utama yang membuat pengisytiharan untuk keseluruhan nilai kontrak.

Bagaimanakah saya boleh membayar levi?

Bayaran boleh dilakukan dengan menggunakan:

  • Bank draft di pejabat CIDB berhampiran atau;
  • Pindahan bayaran secara atas talian (online transfer)

Pendaftaran Kad Personel Binaan (Kad Hijau)

Bagaimanakah saya boleh memohon atau memperbaiki Kad Personel Binaan (Kad Hijau)?

Permohonan dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian menerusi sistem CIMS. Pemohon perlu mempunyai akses ID sistem CIMS di mana pendaftaran akses ID adalah secara:

a) Individu (warga tempatan sahaja);

PDF

b) ID majikan.

PDF

Bagaimanakah saya, sebagai warganegara Malaysia / warga tempatan Malaysia boleh memohon Kad Personel Binaan (Kad Hijau)?

Pemohon yang berstatus warganegara Malaysia / warga tempatan Malaysia boleh dibuat secara atas talian melalui sistem CIMS sama ada melalui Individu atau majikan. Pemohon/Majikan perlu mempunyai akses ID sistem CIMS.

Rujuk manual di bawah untuk panduan lanjut:

PDF
PDF

Bagaimanakah permohonan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) untuk bukan warganegara Malaysia / warga asing?

Bagi bukan Warganegara Malaysia /warga asing, permohonan HANYA boleh dibuat melalui majikan yang mempunyai akses ID ke sistem CIMS.

Rujuk manual di bawah untuk panduan lanjut:

PDF

Bagaimanakah saya boleh mendaftarkan ID individu/majikan?

Pendaftaran ID adalah menggunakan email yang aktif . Selepas mendaftar, sila semak di dalam folder ‘inbox’ atau ‘spam’ atau ‘junk’ emel didaftarkan untuk melihat dan klik pautan pengaktifan emel untuk kali pertama untuk log in.

Klik capaian di bawah untuk memohon semula pengaktifan emel sekiranya masih belum menerimanya:

Bagaimanakah jika saya pemohon warganegara Malaysia tetapi tidak menerima notifikasi untuk pengesahan pembayaran permohonan Kad Personel Binaan (Kad Hijau)?

  • Sekiranya tiada notifikasi diterima melalui email atau teks pesanan ringkas (SMS) selepas 3 hari permohonan dibuat, sila hadir ke kaunter CIDB negeri/cawangan yang berdekatan untuk semakan lanjut dan pengesahan data menggunakan Card Reader

Berapakah bayaran bagi permohonan/pembaharuan untuk personel binaan tempatan/asing?

Keterangan Bayaran

a) Bayaran Proses Permohonan: RM10

b) Yuran Permohonan:

i. Permohonan baru: RM25/tahun

ii. Pembaharuan: RM25/tahun

c) Bayaran Gantian Kadar

i. Kehilangan

  • Kali Pertama: RM50
  • Kali Kedua: RM150
  • Kali Ketiga dan seterusnya: RM250

ii. Rosak RM25

 

Rujuk Garis Panduan di bawah untuk rujukan:

PDF

Berapa lamakah tempoh saya akan menerima pas sementara Kad Personel Binaan (Kad Hijau) selepas bayaran dibuat?

Pas sementara boleh dicetak serta merta selepas bayaran dijelaskan dan disahkan oleh sistem CIMS dengan cara klik di bahagian Construction Personnel > Personnel Card > Personnel Card Listing > Cetak.

Rujuk Manual Pengguna Pendaftaran Personel Binaan untuk lebih kefahaman.

Berapa lamakah tempoh saya akan menerima Kad Personel Binaan (Kad Hijau)?

Kad Personel Binaan (Kad Hijau) anda akan diterima dalam tempoh 60 hari selepas bayaran dijelaskan. Sekiranya anda masih gagal menerima Kad Personel Binaan (Kad Hijau) anda boleh menghubungi talian Careline CIDB di +603 – 5567 3300.

Di manakah Kad Personel Binaaan (Kad Hijau) saya akan di hantar?

Kad Personel Binaan (Kad Hijau) anda akan di hantar mengikut alamat yang dipilih semasa pembayaran dibuat iaitu samada alamat seperti tertera di dalam kad pengenalan anda ataupun alamat majikan seperti yang berdaftar di dalam sistem CIMS CIDB.

Siapakah yang layak memohon Kad Personel Binaan (Kad Hijau)?

Mana-mana orang yang diambil bekerja dalam industri pembinaan SERTA melaksanakan kerja-kerja pembinaan layak dipertimbangkan untuk berdaftar sebagai personel binaan.

Rujuk Garis Panduan di bawah untuk rujukan:
Garis Panduan Pendaftaran Personel Binaan

Apakah syarat permohonan baru dan pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) tempatan?

  • Pemohon mestilah bekerja dalam industri pembinaan SERTA melaksanakan kerja-kerja pembinaan
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pemohon hadir Kursus Induksi Keselamatan Untuk Pekerja Binaan atau setara dengannya
  • Patuh undang-undang bertulis yang lain atau dasar yang ditetapkan oleh kerajaan

Rujuk Garis Panduan di bawah untuk rujukan:
Garis Panduan Pendaftaran Personel Binaan

Apakah syarat permohoan pendaftaran personel binaan/kad hijau bagi pekerja asing?

Permohonan pendaftaran untuk personel binaan asing hendaklah dibuat oleh majikan (rujuk maklumat majikan dan permit penggajian, pemegang permit di bawah sektor pembinaan serta permit yang masih sah tempoh).

Maklumat di atas boleh diperolehi menerusi Garis Panduan di bawah:
Garis Panduan Pendaftaran Personel Binaan

Bolehkah pemohon membuat penukaran alamat pengeposan Kad Personel Binaan (Kad Hijau)?

Selepas pembayaran dilakukan, pemohon tidak di benarkan membuat pertukaran alamat. Walau bagaimanapun, sekiranya melibatkan pertukaran alamat dan pembayaran belum dilakukan, personel/ wakil syarikat boleh memaklumkan kepada CIDB untuk membuat pembatalan permohonan terdahulu bagi membuat permohonan yang baru.

Apa perlu saya lakukan sekiranya Kad Personel Binaan (Kad Hijau) saya masih belum diterima dan pas sementara saya yang valid selama 60 hari telah tamat tempoh?

Kad Personel Binaan (Kad Hijau) yang belum diterima tidak menjadi halangan untuk personel binaan tersebut memasuki dan melaksanakan kerja- pembinaan di tapak bina kerana pendaftaran personel binaan telah diperakukan. QR code yang tertera pada Pas sementara boleh digunakan sebagai bukti pengesahan maklumat personel binaan.

Apakah Sistem E-Serahan dan perananannya?

Sistem E-Serahan adalah platform pengesahan penerimaan kad oleh personel/majikan yang menggantikan serahan kad di kaunter CIDB Negeri/cawangan. Sistem ini juga merupakan pemakluman awal kepada Majikan/Personel berkenaan status pengeposan kad melalui notifikasi maklumat no. tracking. E-Serahan telah mula beroperasi pada 1/2/2020 seiring dengan penutupan pilihan serahan di kaunter CIDB Negeri/Cawangan.

Rujuk manual di bawah untuk maklumat lanjut:

PDF

Apakah saluran untuk membuat aduan sekiranya Kad Personel Binaan (Kad Hijau) saya lambat di terima dan Pas Sementara tidak diterima oleh sesetengah klien/pihak tapak bina?

Majikan/personel boleh membuat aduan ke e-Bantuan CIDB dengan melampirkan surat rasmi kepada CIDB berkaitan halangan kemasukan ke tapak bina dengan mengemukakan maklumat projek, kontraktor dan klien terlibat untuk pihak CIDB mengambil tindakan selanjutnya.

Semasa membuat permohonan Kad Personel Binaan (Kad Hijau), saya dapati maklumat sijil kemahiran/akademik tiada dalam senarai sistem CIMS, apa perlu saya lakukan?

Sekiranya maklumat sijil kemahiran/akademik anda tiada dalam senarai Sistem CIMS, sila semak pengiktirafan sijil berkenaan dengan Agensi Kelayakkan Malaysia (MQA) dan sekiranya ada, sila panjangkan maklumat serta bukti pengesahan tersebut kepada CIDB melalui sistem e-Bantuan untuk CIDB mengemaskini maklumat sijil berkenaan ke dalam sistem CIMS. Pemohon dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu permohonan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) sehingga maklumat sijil anda dikemaskini.

Rujuk capaian di bawah untuk semakan pengiktirafan sijil oleh MQA: