CIDB Sebagai Badan Pensijilan
ISO/IEC 17024:2012
Pengenalan
Sebagai usaha CIDB Malaysia untuk memberi nilai tambah kepada pensijilan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa, semua aktiviti yang berkaitan dengan proses pensijilan telah diselaraskan dengan keperluan ISO/IEC 17024:2012 (Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating Certification of Persons).
ISO/IEC 17024(Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating Certification of Persons) merupakan standard antarabangsa yang menggariskan keperluan am bagi badan pensijilan dalam memastikan aspek kesaksamaan diterapkan dalam setiap aktiviti berkaitan pensijilan. Standard ini memastikan proses penilaian dan penentuan keputusan pensijilan dilaksanakan secara adil, sahih dan dipercayai.
CIDB memfokuskan kepada tiga (3) bidang utama iaitu :
- a) Kimpalan (Welding);
- b) Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing – NDT); dan
- c) Jurubagas dan Jurucat (Blasting and Painting)
Bermula 1 Mac 2022, pelaksanaan penilaian bagi pensijilan SKKP ke atas tiga (3) bidang tersebut dilaksanakan berdasarkan Skim Pensijilan berlandaskan keperluan ISO/IEC 17024:2012, iaitu:
- a) Certification Scheme ISO/IEC 17024:2012 For Welding;
- b) Certification Scheme ISO/IEC 17024:2012 For Non-Destructive Testing; dan
- c) Certification Scheme ISO/IEC 17024:2012 For Blasting And Painting
Tempoh Pensijilan SKKP
TRED | TEMPOH PENSIJILAN | PEMBAHARUAN | PENSIJILAN SEMULA |
---|---|---|---|
Kimpalan (Welding) | 3 tahun | Tahun ke-3 | Tahun ke-6 |
Ujian Tanpa Musnah(Non-Destructive Testing – NDT) | 5 tahun | Tahun ke-5 | Tahun ke-10 |
Jurubagas dan Jurucat (Blasting and Painting) | 5 tahun | Tahun ke-5 | Tahun ke-10 |
*Maklumat lanjut sila rujuk Skim Pensijilan
Kenyataan Kesaksamaan (Impartiality) dan Kerahsiaan (Confidentiality) CIDB

Senarai Program Yang Ditawarkan
Kimpalan (Welding) :
- a. Shielded Metal Arc Welding (SMAW)
- b. Gas Tungsten Arc Welding (GTAW)
- c. Gas Metal Arc Welding (GMAW)
- d. Flux Cored Arc Welding (FCAW)
Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing – NDT) :
- a. Magnetic Testing (MT)
- b. Penetrant Testing (PT)
- c. Ultrasonic Testing Thickness Measurement (UTTM)
- d. Ultrasonic Testing in Welds (UT)
- e. Radiographic Interpreter (RI)
Jurubagas dan Jurucat (Blasting and Painting-BPO) :
- a. Blaster
- b. Painter
Permohanan
Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui CIMS CIDB.
https://cims.cidb.gov.my
Pusat Bertauliah
BIL | PUSAT LATIHAN & PENILAIAN BERTAULIAH | BIDANG TRED YANG DITAWARKAN | NO. TELEFON |
---|---|---|---|
1 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (KUALA LUMPUR) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO) | +6019-7283575 |
2 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (JOHOR) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO) | +6019-7868536 |
3 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (PERAK) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | +6019-3213575 |
4 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (KEDAH) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO) | +6019-6623575 |
5 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (TERENGGANU) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO) | +6019-9133575 |
6 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (SARAWAK) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | +6019-3933575 |
7 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (SABAH) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO) | +6011-10519431 |
Pengurusan Rayuan
CARTA ALIR PROSES
* Permohonan rayuan hendaklah dikemukakan kepada CIDB dalam tempoh 14 hari selepas keputusan
Senarai Dokumen
Skim Pensijilan Kimpalan (Welding)Â
Skim Pensijilan Ujian Tanpa Musnah
(Non-Destructive Testing – NDT) Â
Skim Pensijilan Jurubagas dan Jurucat
(Blasting and Painting-BPO)
Borang Pengalaman
Borang Ujian Penglihatan
Program Untuk Industri