Skip to main content
search

Mengenai Kami

Nilai Teras

CIDB KUASA 5 NILAI TERAS

KE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI

Pelan Strategik CIDB 2021-2025 (CSP) telah meletakkan sasaran untuk CIDB menjadi peneraju industri yang terulung dan disegani.

Bagi mencapai sasaran ini, seluruh warga CIDB perlu melakukan transformasi diri dan organisasi melalui penerapan nilai-nilai Teras CIDB yang merupakan salah satu komponen utama di dalam CSP.

Sebanyak lima nilai teras CIDB telah diperkenalkan iaitu Bersikap Terbuka (Openness), Menghormati (Respect), Memimpin dengan Hati Nurani (Lead with Conscience), Berfokuskan Impak (Impact Focussed) dan Berpacukan Inovasi (Innovation Driven).

Nilai-nilai teras ini dipilih kerana ia merupakan nilai utama yang diperlukan dala membina jati diri sebuah organisasi supaya lebih mantap dan dapat memastikan objektif CSP tercapai.

Pelaksanaan CSP melibatkan semua pegawai CIDB di semua peringkat. Oleh itu, semua warga CIDB perlu mempelajari dan mempraktikkan lima nilai teras ini. Penerapan menyeluruh di setiap peringkat diperlukan untuk membentuk budaya kerja yang lebih positif, meningkatkan komitmen kerja dan meningkatkan lagi prestasi serta imej CIDB.

Penerapan nilai-nilai teras ini bukan sahaja dapat mengeratkan lagi kesepaduan di dalam CIDB, malah turut mengukuhkan hubungan antara CIDB dan semua pihak berkepentingan di seluruh industri pembinaan.

Pelan Strategik CIDB (CSP) 2021-2025 telah menggariskan halatuju organisasi serta inisiatif CIDB sebagai peneraju industri pembinaan di dalam tempoh lima tahun pelaksanaannya.

Pelaksanaan CSP, iaitu satu program transformasi CIDB sebagai sebuah organisasi pastinya melibatkan semua pegawai CIDB di dalam setiap peringkat.

CSP didukung oleh empat tonggak utama iaitu: Inovasi, Penyampaian Penyelesaian, Pengurusan Perhubungan dan Kepimpinan.

Bagi menyokong matlamat CSP, CIDB perlu melakukan satu transformasi budaya dengan penerapan lima nilai-nilai teras. Lima nilai-nilai teras ini telah dikembangkan dari empat tonggak yang asal di dalam dokumen CSP.

  • Menyokong visi dan misi organisasi
  • Membentuk budaya kerja yang mantap
  • Meningkatkan komitmen dan motivasi warga kerja
  • Memberi impak besar kepada pencapaian dan prestasi organisasi
  • Meningkatkan profesionalisme organisasi
  • Meningkatkan imej organisasi
5-NILAI-TERAS

PERANAN DAN IMPAK
NILAI-NILAI TERAS KEPADA
ORGANISASI:

KUASA-5-NILAI-TERAS-OK

Kuasa 5, merupakan jenama kepada nilai-nilai teras CIDB. Ia menggambarkan impak berganda terhadap prestasi dan imej CIDB dengan penerapan nilai-nilai teras ini oleh seluruh warga kerja.

5 Nilai Teras CIDB

Bersikap Terbuka

Menghormati

Memimpin Dengan Hati Nurani

Berfokuskan Impak

Berpacukan Inovasi

Nilai Teras 1:

Bersikap Terbuka

Teroka Perspektif Yang Berbeza
Saya mempertimbangkan semua pendapat dan perspektif bagi membuat keputusan yang
terbaik

Dengar dan Faham
Saya mendengar dengan jelas pandangan orang lain dan menilainya dengan terperinci

Beritahu Saya
Saya mendapatkan dan menghargai input dan maklumbalas yang berbeza

Dapatkan dan Beri Penjelasan
Saya berani berkongsi pandangan dan idea untuk kebaikan organisasi

  • Menghargai input dan maklumbalas yang berbeza.
  • Sering berkongsi pandangan dan idea untuk kebaikan organisasi.
  • Mendengar dengan jelas pandangan orang lain dan menilainya dengan terperinci.
  • Meneroka semua pendapat dan perspektif bagi membuat keputusan yang terbaik.
  • Memberi peluang dan menggalakkan semua yang hadir di dalam mesyuarat untuk memberi pandangan dan idea penyelesaian tentang isu-isu yang diperbincangkan.
  • Mengamalkan sikap yang mesra dan mudah didekati.
  • Berani menerokai idea baru dan berfikir di luar kotak.
  • Menghargai kritikan membina.
  • Boleh menerima teguran.
  • Sukar menerima perubahan.
  • Merasakan diri sendiri sentiasa betul dan serba tahu.
  • Enggan mendengar input dan maklumbalas dari orang lain.
  • Sering membuat keputusan sendiri dan tidak mendapatkan pandangan dan input orang lain.
  • Suka memberi arahan tanpa memberi peluang orang lain bersuara.
  • Tidak berkongsi pandangan dan idea untuk kebaikan organisasi.

Mengapa Nilai Bersikap Terbuka Penting Untuk Organisasi?

  • Sikap ini penting untuk mencetus sesuatu perubahan paradigma yang diperlukan untuk transformasi seluruh organisasi mencapai prestasi yang lebih tinggi.
  • Seseorang pemimpin yang bersikap terbuka menyedari bahawa idea yang terbaik tidak semestinya datang daripada dirinya sendiri. Demi kebaikan organisasi, beliau sering mempertimbangkan dan menerima idea yang terbaik daripada ahli pasukannya.
  • Bersikap terbuka dan mendengar dengan teliti masalah atau isu yang dibentangkan akan membolehkan seseorang itu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Ini penting bagi mengelakkan sumber organisasi digunakan untuk proses dan aktiviti yang sia-sia
  • Sudi mendengar pandangan dan kritikan yang membina akan membuatkan pencapaian seseorang itu meningkat. Impak positif berganda akan dapat dilihat dengan peningkatan prestasi seluruh organisasi sekiranya ramai warga kerja yang bersikap sedemikian.
Nilai Teras 2:

Menghormati

Empati
Saya sentiasa peka dan memikirkan perasaan mereka yang berlainan jantina, bangsa, agama dan latar belakang

Menghargai
Saya menghormati masa dan mengiktiraf usaha orang lain

Berlaku Adil
Saya membuat keputusan dengan saksama dan tidak pilih kasih

Mengiktiraf
Saya mengakui dan mengiktiraf usaha dan pencapaian ahli pasukan saya

  • Menghargai masa dan usaha orang lain.
  • Membuat keputusan yang adil.
  • Berempati dengan mereka yang berlainan jantina, bangsa, agama dan latar belakang.
  • Mengiktiraf usaha dan pencapaian ahli pasukan.
  • Mengiktiraf hasil kejayaan orang lain.
  • Menepati masa.
  • Melaksanakan komitmen dan mengotakan janji.
  • Mengucapkan berterima kasih.
  • Mengaku kesilapan dan meminta maaf.
  • Memberi kerjasama yang baik dengan semua peringkat.
  • Menegur kesilapan dengan baik dan secara persendirian (bukan di hadapan orang lain).
  • Menggunakan nada yang tinggi dan bahasa yang kasar apabila menegur staf.
  • Memarahi staf di hadapan orang lain.
  • Berjenaka atau memberi komen yang tidak sensitif dan boleh menyinggung perasaan orang lain terutamanya yang berlainan jantina, bangsa atau mengenai sifat fizikal.
  • Memberi komen atau melakukan perbuatan yang boleh diterjemah sebagai gangguan seksual.
  • Tidak menepati masa.
  • Tidak mengaku kesalahan dan tidak memohon maaf.
  • Tidak berterima kasih atau menghargai orang lain.

Mengapa Nilai Menghormati Penting Untuk Organisasi?

  • Sikap saling menghormati di antara satu sama lain penting bagi membina suasana kerja yang harmoni.
  • Satu pasukan yang saling menghormati akan dapat memupuk kerjasama dan semangat sepasukan yang lebih erat.
  • Apabila staf merasa diri mereka dihormati dan dihargai, mereka akan lebih bermotivasi untuk mempertingkatkan prestasi kerja dan menjadi lebih produktif.
  • Keikhlasan dan kemesraan dalam kepimpinan akan meningkatkan motivasi staf, dan secara tidak langsung menaikkan kecekapan dan produktiviti.
  • Staf yang rasa dihormati dan dihargai oleh ketua, majikan dan organisasinya, akan memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan.
Nilai Teras 3:

Memimpin Dengan Hati Nurani

Buat Perkara Yang Betul
Saya membuat perkara yang betul walaupun ketika tiada sesiapa melihatnya

Jujur dan Ikhlas
Saya membuang segala bentuk kepentingan peribadi semasa membuat keputusan

Berintegriti
Saya mematuhi prinsip dan nilai moral tanpa kompromi

Telus
Berterus terang, tidak bersembunyi atau menyebabkan kesangsian

  • Melakukan perkara yang betul biarpun tiada orang lain yang mengetahuinya.
  • Mematuhi kompas moral.
  • Menjaga kepentingan dan reputasi organisasi.
  • Membuang segala bentuk kepentingan peribadi semasa membuat keputusan.
  • Melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan penuh integriti.
  • Mengambil tanggungjawab atas hasil kerja dan prestasi diri sendiri dan pasukan.
  • Membuat keputusan dengan telus dan saksama.
  • Menjauhi konflik kepentingan.
  • Sekiranya menerima arahan untuk melakukan perkara yang tidak berintegriti, arahan itu akan ditolak dengan cara diplomasi dan berhemah.
  • Bertanggungjawab atas tingkah laku dan keputusan yang dibuat.
  • Menerima tanggungjawab atas kesilapan yang dilakukannya.
  • Menunjukkan contoh yang baik kepada staf.
  • Melaksanakan komitmen dan janji.
  • Bertindak dengan cara yang membina kepercayaan orang lain.
  • Berkomunikasi secara jujur dan terbuka.
  • Menunjukkan keprihatinan dan empati terhadap warga kerja.
  • Mementingkan keuntungan diri sendiri, keluarga atau sekutu.
  • Tidak telus dalam membuat keputusan.
  • Menggunakan kuasa, pangkat dan jawatan untuk mendapatkan keuntungan peribadi.
  • Menurut sahaja arahan pihak atasan walaupun arahan itu tidak wajar dan tidak berintegriti.
  • Tidak menjaga reputasi atau kepentingan organisasi.
  • Menyembunyikan masalah dan kesalahan.

Mengapa Nilai Memimpin Dengan Hati Nurani Penting Untuk Organisasi?

  • Kepentingan dan reputasi organisasi terjaga.
  • Prestasi kewangan organisasi akan lebih meningkat.
  • Kepuasan bekerja dialami oleh setiap peringkat warga kerja.
  • Ia memberi inspirasi kepada semua warga kerja untuk mencontohi amalan yang telus dan berintegriti.
  • Sifat kepimpinan yang jujur dan telus, dengan membuang segala bentuk kepentingan peribadi, akan memastikan bahawa sebarang keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk organisasi.
  • Kajian menunjukkan peningkatan integriti di dalam organisasi berupaya meningkatkan prestasi kerja di semua peringkat.
  • Pemimpin yang berintegriti akan memupuk kepercayaan dan kepuasan bekerja di kalangan warga kerja, dan mereka akan mencontohi teladan baik yang diberikan.
  • Warga kerja di bawah pemimpin yang berintegriti tinggi lazimnya mempunyai tingkah laku yang positif di tempat kerja.
  • Warga kerja yang mempercayai pemimpin mereka akan bekerja lebih keras, memberi pencapaian yang lebih baik dan lebih setia kepada organisasi.
Nilai Teras 4:

Berfokuskan Impak

Hasil Yang Diinginkan
Fikirkan dan ukur hasil yang perlu dicapai dan bukan aktiviti

Bertindak Dengan Efektif
Saya memberi fokus kepada usaha yang akan memberi hasil yang terbaik

Selesaikan Masalah Dari Akarnya
Saya mencari punca masalah dan berusaha menyelesaikannya dari akar umbi dan bukan sekadar merawat simptom

Utamakan Pelanggan
Memenuhi keperluan pelanggan adalah keutamaan bagi saya

  • Memberi fokus kepada impak dan bukan aktiviti dan proses.
  • Memenuhi keperluan pelanggan adalah keutamaan.
  • Berusaha menyediakan penyelesaian secara menyeluruh.
  • Mencari punca masalah dan berusaha menyelesaikannya, bukan sekadar merawat simptom.
  • Sering menerangkan kepada pasukan sekerja MENGAPA sesuatu tugasan itu perlu dilaksanakan.
  • Menetapkan sasaran dan mengukur impak, dan BUKAN aktiviti atau proses.
  • Mengubah atau menghapuskan proses kerja yang tidak memberi impak.
  • Membuat keputusan berdasarkan maklumat dan data yang tepat.
  • Mengukur kekerapan sesuatu aktiviti dan bukan impak.
  • Tidak memikirkan atau menganalisa sama ada sesuatu proses atau aktiviti yang dilakukan memberi impak.
  • Masih melaksanakan proses dan aktiviti yang sama walaupun ia tidak lagi relevan dan tidak memberi impak.
  • Tidak tahu mengapa sesuatu tugasan atau proses itu perlu dilaksanakan.
  • Memberi arahan dan perintah, tanpa menerangkan mengapa sesuatu tugasan itu perlu dilakukan.
  • Membuat keputusan berdasarkan emosi dan sentimen tanpa berpandukan maklumat dan data yang sah.

Mengapa Nilai Berfokuskan Impak Penting Untuk Organisasi?

  • Semua organisasi mempunyai sumber yang terhad. Oleh itu, keutamaan perlu diberikan kepada perkara yang akan menghasilkan impak yang terbesar.
  • Lazimnya banyak organisasi membazirkan sumber dan masa dengan meneruskan aktiviti-aktiviti yang tidak memberi impak.
  • Organisasi yang berfokuskan impak akan mendapat persepsi yang positif daripada pihak berkepentingan dan pelanggan.
  • Meningkatkan keyakinan terhadap organisasi.
  • Meningkatkan prestasi sesebuah organisasi dalam mencapai misi dan visi.
Nilai Teras 5:

Berpacukan Inovasi

Berfikir Di Luar Kotak
Saya berani untuk berfikir di luar kotak

Cabar Status Quo Kebiasaan
Saya berani melakukan perubahan untuk mendapat hasil yang terbaik

Cekap
Saya memberikan penyelesaian kepada masalah pelanggan

Gunakan Kreativiti
Saya mencari cara kreatif dalam menyelesaikan masalah dan isu

  • Berani untuk berfikir di luar kotak.
  • Mencabar status quo atau kebiasaan semasa untuk mendapat hasil yang terbaik.
  • Mencari cara kreatif dalam menyelesaikan masalah dan isu.
  • Berinovasi dalam menyelesaikan masalah pelanggan.
  • Percaya memudahkan process yang rumit dengan inovasi.
  • Lebih selesa dengan kerja rutin.
  • Sukar menerima perubahan.
  • Lebih suka mengekalkan proses sedia ada.
  • Percaya bahawa berinovasi akan menyebabkan kerja bertambah.
  • Takut atau malas keluar dari ‘zon selesa’.
  • Lebih senang menunggu orang lain membuat keputusan atau bertindak mengenai masalah yang timbul.

Mengapa Nilai Berpacukan Inovasi Penting Untuk Organisasi?

  • Inovasi penting bagi menjamin industri pembinaan dapat dibangunkan seiring ataupun melangkaui teknologi semasa.
  • Meningkatkan imej serta prestasi organisasi.
  • Memastikan organisasi kekal sebagai peneraju industri.
  • Menjadikan organisasi sebagai satu pusat rujukan yang dipercayai dan dihormati di dalam industri pembinaan.
  • Kreativiti dan inovasi merupakan pemacu utama dalam pembangunan produk atau perkhidmatan.
  • Supaya organisasi kekal di hadapan dalam ilmu pengetahuan mengenai industri.
  • Meningkatkan daya saing dan pencapaian organisasi.

Bagaimanakah Nilai-nilai Teras Boleh Memanfaatkan Setiap Warga CIDB?

Nilai-nilai teras organisasi sekiranya berjaya diterapkan, berupaya memberi inspirasi kepada warga kerja sedia ada dan menarik bakat-bakat baru.

Apabila seluruh kakitangan sebuah organisasi menghidupkan nilai-nilai teras, maka prestasi warga kerja turut meningkat secara keseluruhan dan juga secara individu.

Warga kerja yang menerapkan prinsip-prinsip di dalam nilai-nilai teras ini akan lebih memahami dengan jelas:

  • 1. Peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam organisasi.
  • 2. Aspirasi organisasi dan bagaimana setiap warga kerja boleh menyumbang ke arah mencapainya.
  • 3. Nilai-nilai serta sikap yang perlu diterapkan untuk mencapai prestasi yang terbaik.
  • 4. Bagaimana untuk bertindak apabila menghadapi situasi baru dan sukar berdasarkan nilai-nilai teras.

Akhir kata, nilai-nilai teras yang efektif akan mencipta budaya kerja yang cemerlang dan berteraskan prinsip-prinsip yang dipegang oleh semua warga CIDB. Semua warga kerja akan mendapat lebih kepuasan di dalam pekerjaan dan tugas mereka. Selamat mengamalkan Nilai-nilai teras CIDB!

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

mceia 1

This will close in 20 seconds