Skip to main content
search

Pekerja Mahir

Latihan Kompentensi Kemahiran (LKK)

PendahuluanObjektif LatihanKumpulan SasaranSyarat-Syarat PermohonanCara PermohonanPolisi TajaanPenilaian & PersijilanKeperluan Perundangan Dan FungsiPembangunan Kecekapan (Latihan)Pembangunan Kecekapan Kakitangan PembinaanProgram PerantisProgram Keusahawanan

Program Untuk Industri

Pendahuluan

Sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan negara dan selaras dengan peruntukan dalam Akta 520, CIDB telah menganjurkan Program Latihan Kompetensi Kemahiran bertujuan bagi melahirkan pekerja-pekerja binaan yang kompeten untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan. Antara program latihan yang ditawarkan adalah Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia dan Program Latihan Kompetensi Kemahiran Personel Binaan.

Objektif Latihan

  • i.Melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan yang mahir;
  • ii. Menyediakan kursus-kursus kemahiran binaan yang lebih tersusun dan diiktiraf, dijalankan oleh tenaga pengajar professional yang berpengalaman luas dan terlatih;
  • iii. Melahirkan tenaga kera binaan yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorientasikan kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah;
  • iv. Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari semasa ke semasa;
  • v. Menyokong industri pembinaan mencapai daya saing dengan menyediakan tenaga kerja binaan yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi mngendalikan teknologi pembinaan yang semakin canggih;
  • vi. Membangun dan merintis laluan mengeksport tenaga kerja mahir yang terlatih untuk menjalankan kerja pembinaan di luar negara; dan
  • vii. Menjalankan program penilaian kompetensi kemahiran.

Kumpulan Sasaran

  • i. Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia
    1. Terbuka kepada golongan belia warganegara Malaysia berusia antara 17 hingga 35 tahun
  • ii. Program Latihan Kompetensi Kemahiran Personel Binaan
    1. Terbuka kepada semua pekerja binaan tempatan dan asing yang sedang bekerja atau berpengalaman dan berumur di antara 18 hingga 55 tahun.

Syarat-Syarat Permohonan

Semua pemohon bagi Program Latihan Kompetensi Kemahiran (LKK) hendaklah :

  • i. Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia
    1. Melepasi sesi temuduga kemasukan program
  • ii. Program Latihan Kompetensi Kemahiran Personel Binaan.
    1. Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam bidang yang dipohon.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi permohonan di laman web

Kunjungi Laman

Polisi Tajaan

Syarat Tajaan

Semua pemohon bagi Program Latihan Kompetensi Kemahiran (LKK) hendaklah :

  • i. Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia
    1. a) Pelatih Program Latihan Kemahiran Belia hanya diberi tajaan sekali sahaja dalam tred individu atau tred diclusterkan atau tred gabungan tahap.
    2. b) Pelatih yang telah mengikuti program latihan kemahiran belia adalah dibenarkan untuk mengikuti pelbagai tred latihan melalui program latihan kemahiran personel binaan dengan syarat telah memiliki pengalaman selama 6 bulan dalam sektor industri pembinaan.
  • ii. Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia
    1. a) Personel binaan yang berminat untuk mengikuti pelbagai tred latihan atau ‘multiskill’ akan ditaja yuran latihan oleh CIDB setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
      1. Pemohon perlulah mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman.
      2. Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah.
      3. Berdaftar sebagai personel binaan di bawah kategori Pekerja Binaan Am, Pekerja Binaan Separuh Mahir dan Pekerja Binaan Mahir.
    2. b) Tajaan bagi tred-tred yang melibatkan badan-badan berkuasa tertentu seperti Suruhanjaya Tenaga (ST), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), CSWIP dan SESCO hendaklah mematuhi tempoh pengalaman seperti yang telah ditetapkan pihak terbabit.
    3. c) Personel binaan yang ingin mengikuti bidang Elektrikal adalah diberi pilihan mengikuti salah satu laluan latihan sahaja.

Penilaian & Persijilan

Pelatih/ personel yang Berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan SIJIL KOMPETENSI KEMAHIRAN PEMBINAAN (SKKP) yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir/ kompeten.

Keperluan Perundangan dan Fungsi

Semua pemohon bagi Program Latihan Kompetensi Kemahiran (LKK) hendaklah :

  • Seksyen 33A (1)
    Tiada penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir boleh terlibat atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
  • Seksyen 33A (6)
    Mana-mana orang yang mengambil mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir yang tidak diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
  • Fungsi – fungsi CIDB
    Mengadakan, memajukan dan mengkaji semula dan menyelaraskan latihan dalam industry pembinaan.Mendaftar dan mengakreditasi serta memperakukan personel binaan dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran, akreditasi dan pemerakuan personel binaan itu.

Pembangunan Kecekapan (Latihan)

Latihan Kemahiran

Latihan Pembangunan Kecekapan CIDB adalah meliputi pelbagai aspek yang luas bersangkutan dengan program kemajuan kemahiran pembinaan.

Pekerja kontraktor dan kakitangan pembinaan digalakkan untuk berterusan mempertingkat dan mengemaskini pengetahuan dalam pembinaan kerana industri ini juga sentiasa berkembang maju dengan derasnya, terutama setelah mengguna pakai dan mengguna terima teknologi dan inovasi.

Program latihan yang ditawarkan ini bakal memboleh kontraktor dan kakitangan pembinaan mengekal dan membaiki tahap kompetetif dan daya keboleh pasaran pekerjaan masing-masing.

Terdapat Empat Bidang Utama, Yang Dibahagikan Lagi Kepada Sub-bidang.

1. Pembangunan Kecekapan Kakitangan Pembinaan

3. Program Perantis

4. Program Keusahawanan

  • a) Kakitangan Pembinaan
  • b) Kontraktor

Semua peserta harus patuh kepada panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kakitangan Pembinaan

Semua program dijalankan di Akademi Binaan Malaysia (ABM), iaitu cabang latihan CIDB.

Untuk maklumat lanjut:

Call

Kategori pekerjaan personel binaan ditentukan seperti berikut:
KPI CITP Untuk Pembangunan Kompetensi (Latihan)

Program Latihan dan Penilaian Penyeliaan

Program Latihan dan Penilaian Pengurusan

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

mceia 1

This will close in 20 seconds