Skip to main content
search

Kontraktor

Pengisytiharan Projek

Pengisytiharan ProjekPengenaan LeviTindakan PenguatkuasaaanKewajipan Kontraktor

Program Untuk Industri

  • 1. Kewajipan Untuk Mengisytiharkan Kerja Pembinaan
    Setiap kontraktor dikehendaki mengisytiharkan dan mengemukakan kepada CIDB, mengikut cara yang ditetapkan oleh CIDB, apa-apa kontrak kerja pembinaan yang telah diawardkan kepadanya.
  • 2. Definisi “Kontraktor”
    Kontraktor merupakan seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan. Mana-mana orang yang telah di awardkan atau telah menyempurnakan apa-apa kontrak bagi kerja pembinaan, atau telah mengaku janji untuk menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan, atau telah menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan adalah disifatkan sebagai seorang kontraktor melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
  • 3. Definisi “Kerja Pembinaan”
    Kerja pembinaan merujuk kepada pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan:

    1. i. mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;
    2. ii. mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api, laluan kabel, terusan atau padang terbang;
    3. iii. mana-mana saliran, tali air atau kerja pengawalan sungai;
    4. iv. apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau
    5. v. mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembentung, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan, dan termasuklah:-
      • apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting dan integral atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja- kerja yang diperihalkan dalam perenggan (I) hingga (V), termasuklah pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah,penggalian, peletakan batu asas, pemulihan dan landskap tapak; atau
      • pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja yang semestinya bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (I) hingga (V).
  • 4. Jumlah Kontrak
    Jumlah kontrak berhubung dengan sesuatu projek pembinaan ialah jumlah nilai semua kerja, bekalan dan perkhidmatan untuk membuat dan menjadikan kerja pembinaan dalam projek pembinaan itu berfungsi sepenuhnya meliputi item-item berikut:

    1. i. Kos pemerolehan bahan, kelengkapan, pekerja;
    2. ii. Kos peralatan, mesin dan perabot yang dipasang yang dibeli di dalam negara atau di luar negara;
    3. iii. Kos pengurusan projek;
    4. iv. Kos pembiayaan projek (Financial Costs);
    5. v. Wang Kos Prima;
    6. vi. Wang Peruntukan Sementara;
    7. vii. Pengurusan Fasiliti (Facility Management);
    8. viii. Yuran Ikhtisas (Professional Fees);
    9. ix. Kos apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting atau adalah persediaan atau sementara bagi kontrak kerja yang dilaksanakan; dan
    10. x. Apa-apa cukai yang terkandung di dalam kontrak
  • 5. Pengisytiharan Dianggap Benar
    Segala pengisytiharan kerja pembinaan yang dibuat melalui sistem CIMS dianggap benar. Pemilik dan Pengarah syarikat akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengisytiharan yang dibuat dan boleh dikenakan apa-apa tindakan sekiranya CIDB mendapati terdapat sebarang kesalahan di dalam pengisytiharan tersebut.
  • 6. Dokumen Pengisytiharan
    Pengisytiharan apa-apa kerja pembinaan hendaklah disertakan dokumen yang mengandungi butir-butir penuh berkenaan dengan penyempurnaan kerja pembinaan tersebut melalui dokumen dokumen berikut:

    1. i. Surat Penerimaan/ Surat Award (Letter of Award); atau
    2. ii. Kontrak yang ditandatangai kedua-dua pihak; atau
    3. iii. Apa-apa dokumen yang berkaitan dengan penerimaan atau penyempurnaan kontrak atas kerja pembinaan

    Contoh dokumen pengisytiharan kerja pembinaan adalah seperti berikut:

    1. i. Surat penerimaan atau surat award daripada klien; atau
    2. ii. Dokumen kontrak yang ditandatangani; atau
    3. iii. Insuran Contractor’s All Risk (CAR); atau
    4. iv. Butir-butir dan maklumat berkenaan dengan balasan berhubung dengan penyempurnaan apa-apa kontrak ke atas apa-apa kerja pembinaan yang terkandung dalam apa-apa dokumen berkaitan.
    5. v. Akuan Berkanun
  • 7. Tempoh Masa Pengisytiharan Kerja Pembinaan
    Kontraktor dikehendaki mengisytiharkan dan memaklumkan kepada CIDB apa-apa kerja pembinaan dalam tempoh 14 hari selepas diawardkan kontrak kerja pembinaan atau 14 hari sebelum melaksanakan kerja pembinaa, mana-mana yang terdahulu.
  • 8. Kaedah Untuk Mengisytiharkan Kerja Pembinaan
    Kontraktor dikehendaki mengisytiharkan kerja pembinaan secara atas talian sepenuhnya melalui Sistem CIMS (https://cims.cidb.gov.my) dan mengemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada para 6. Sebarang pengisytiharan yang diterima secara manual adalah dianggap tidak sah

Pengenaan Levi

  • 1. Kadar  Levi
    Levi sebanyak 0.125% dikenakan ke atas jumlah nilai keseluruhan kerja pembinaan yang melebihi lima ratus ribu ringgit.
  • 2. Semakan Bayaran
    Kontraktor boleh menyemak amaun yang perlu dibayar melalui Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi, iaitu Borang CIDB L2/96 yang akan dijana secara automatic oleh sistem CIMS. Kontraktor juga boleh mencetak Borang CIDB L2/96, menyemak status bayaran levi dan senarai kerja pembinaan yang telah dimaklumkan kepada CIDB melalui sistem dalam talian, melalui capaian di sini.
  • 3. Tempoh Bayaran
    Bayaran levi hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Borang CIDB L2/96 dikeluarkan.
  • 4. Cara Bayaran
    Kontraktor dikehendaki mengisi Borang Pembayaran Levi* dan membayar amaun levi yang dikenakan di mana-mana kaunter kewangan pejabat CIDB Negeri/ Cawangan menggunakan:

    1. Cek Jurubank (Banker’s Cheque) ;atau
    2. Draf Bank (Bank Draf)**
    3. Kad Debit
    4. Perbankan Internet
    5. Wang Pos (Postal Order) ;
    6. Electronic Funds Transfer (EFT)
    7.  Nota:
      • i. Lampirkan Borang CIDB L2/96
      • ii. Bayaran bagi perkara di atas hendaklah diletakkan atas nama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau CIDB Malaysia.
  • 5. Pengecualian Levi
    Pengecualian levi hanya diberikan kepada projek perumahan seperti di bawah;

    1. i. Projek Perumahan Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Kos Sederhana dengan harga jualan tidak melebihi RM100,000.00 seunit.
    2. ii. Projek Perumahan yang menggunakan lebih 50% komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS)
    3. Nota:
      • Pengecualian levi bagi projek perumahan yang menggunakan IBS perlu menjalani pemeriksaan tapak dan diperakukan oleh CIDB. Permohonan pengecualian tanpa dokumen pengesahan tersebut akan DITOLAK
  • 6. Perubahan Kepada Nilai Kerja Pembinaan
    Sebarang perubahan kepada nilai kontrak hendaklah dimaklumkan kepada pihak CIDB bersama dengan bukti dokumen yang berkaitan dengan perubahan tersebut yang dikeluarkan oleh pihak klien atau juruperunding. Pemakluman ini juga dilakukan menerusi sistem CIMS.

Tindakan Penguatkuasaaan

  • 1. Gagal Mengisytiharkan Kontrak Kerja Pembinaan
    Kontraktor akan dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit sekiranya tidak mengisytiharkan dan mengemukakan kontrak kerja pembinaan yang telah diawardkan atau tidak menzahirkan sepenuhnya semua fakta dan hal keadaan liabiliti untuk membayar levi itu kepada CIDB.
  • 2. Notis Tuntutan
    Notis Tuntutan (Notice of Demand) akan dikeluarkan kepada kontraktor yang gagal membayar levi dalam tempoh liabiliti (30 hari) dari tarikh pengeluaran Borang CIDB L2/96. Segala urusan pendaftaran akan disekat apabila Notis Tuntutan dikeluarkan. Di samping bayaran levi, kontraktor turut dikenakan bayaran guaman sebanyak seratus lima puluh ringgit. Kontraktor perlu menjelaskan bayaran ini dalam tempoh 21 hari dari tarikh Notis Tuntutan dikeluarkan untuk mengelakkan tindakan tatatertib dan tindakan mahkamah.
  • 3. Pengisytiharan kerja Pembinaan Yang Meragukan
    Kontraktor yang membuat pengisytiharan yang meragukan (maklumat projek, nilai kerja pembinaan, dokumen dll) boleh dikenakan tindakan tatatertib.
  • 4. Perlantikan juruperunding atau Penilai
    Sekiranya pihak CIDB meragui pengisytiharan yang dilakukan oleh pihak kontraktor, CIDB berhak untuk melantik mana-mana juruperunding atau penilai untuk membuat penilaian ke atas projek tersebut. Pengenaan levi akan diselaraskan berdasarkan kepada penilaian yang telah dibuat. Sekiranya pihak kontraktor tidak berpuas hati ke atas penilaian tersebut, penilaian kedua akan dibuat oleh juruperunding yang dilantik oleh CIDB tetapi segala kos tersebut akan ditanggung oleh pihak kontraktor.
  • 5. Tindakan Tatatertib dan Penalti
    Kontraktor boleh dikenakan tindakan tatatertib dan penalti sepertimana berikut:

    1. i. Gagal mengisytiharkan kerja pembinaan (Penalti sehingga maksimum RM500,000.00)
    2. ii. Gagal Menjelaskan Levi dalam tempoh yang ditetapkan oleh CIDB
      (Penalti sehingga maksimum RM25,000.00 atau dua kali nilai levi atau yang mana lebih tinggi)
    3. iii. Pengisytiharan Meragukan
      (Penalti sehingga maksimum RM500,000.00)
  • Kontraktor boleh dikenakan tindakan tatatertib ke atas pendaftaran sekiranya masih gagal membayar levi, iaitu:
    1. Pendaftaran Kontraktor Digantung
    2. Pendaftaran Kontraktor Ditarik Balik
    3. Pendaftaran Kontraktor Dibatalkan
  • 6. Tindakan Mahkamah
    Kontraktor berdepan dengan tindakan mahkamah, iaitu dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau empat kali ganda nilai amaun levi yang perlu dibayar atau mana-mana hukuman yang lebih tinggi sekiranya tidak membayar apa-apa levi dalam tempoh yang ditetapkan oleh CIDB.

Kewajipan Kontraktor Terhadap
Pengisytiharan Kerja Dan Bayaran Levi

Menurut Seksyen 34 (1) Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB):

“Tiap-tiap kontraktor hendaklah mengisytiharkan dan mengemukakan kepada Lembaga, mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga, apa-apa kontrak yang telah diawardkan kepadanya mengenai apa-apa kerja pembinaan”

Bermula 4 Julai 2017, semua pengisytiharan kerja pembinaan mestilah dibuat secara atas talian (online) melalui link berikut http://cims.cidb.gov.my

Kontraktor perlu memuat naik (upload) Surat Anugerah (Letter of Award) bagi projek yang berkaitan.

Sekiranya projek layak dilevi, Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi (Borang CIDB L2) akan dijana oleh sistem secara atas talian (online) dan pihak kontraktor perlu menjelaskan bayaran levi dalam tempoh liabiliti yang dinyatakan.

Kegagalan mengisytihar kerja pembinaan dan gagal membayar levi di dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Lembaga merupakan satu kesalahan di bawah Akta 520.

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

mceia 1

This will close in 20 seconds