Skip to main content
search

Pembangunan Pengurus

Pentauliahan Pengurus
Projek Pembinaan (CCPM)

Pengenalan ObjektifSyarat PentauliahanPemohonKaedah PentauliahanKeberhasilan ProgramLain-Lain Maklumat

Program Untuk Industri

Pengenalan Objektif

Pengurusan Projek Pembinaan adalah satu disiplin professional yang memisahkan fungsi pengurusan sesuatu projek dari fungsi reka bentuk dan pelaksanaan.

Pengurusan Projek Pembinaan ditakrifkan sebagai satu pengurusan yang melibatkan pembangunan, perubahan dan inovasi dalam kerja operasi yang merangkumi aktiviti seperti perancangan keseluruhan, penyelarasan dan kawalan projek pembinaan dari permulaan hingga selesai.

Ia bertujuan memenuhi keperluan klien untuk menghasilkan satu projek pembinaan yang berfungsi secara fizikal, disempurnakan dalam tempoh masa projek dan menepati kos, kualiti dan standard yang ditetapkan.

Objektif program pentauliahan pengurus projek pembinaan ini adalah:

  • Mempertingkatkan kualiti kerja binaan melalui pengurusan projek pembinaan oleh pengurus projek pembinaan yang berkelayakan dan kompeten.
  • Memastikan pengurus projek pembinaan yang ditauliahkan menepati kehendak Construction Industry Competency Standard (CICS) yang dibangunkan Lembaga bersama pemain industri.
  • Memupuk budaya melaksanakan tugasan di tapak pembinaan pada tahap yang terbaik dan mengamailkan amalan terbaik (best practice) dari mula hingga projek selesai.

Syarat Pentauliahan

Kategori Kelayakan Minima Akademik Tahun pengalaman di dalam bidang pembinaan yang berkaitan
Kaedah I(a) Kaedah I(b) Kaedah II (RPLE)
1 Professional berdaftar (cth: Ir., Ar., Sr.) 3 5
2 Sarjana di dalam Pengurusan Projek / bidang berkaitan pembinaan 3 5 6
3 Sijil Antarabangsa di dalam Pengurusan Projek yang diiktiraf (cth: PMP (PMI), CPM (UK), CPM (IPMA), Reg.PM (AIPM), CIOB & AIB) 3 6 8
4 Sarjana Muda di dalam bidang berkaitan pembinaan 5 7 10
5 Sarjana Muda di dalam bidang bukan pembinaan 8 10 12
6 Diploma di dalam bidang berkaitan pembinaan 8 10 12
7 Diploma di dalam bidang bukan pembinaan 10 12 15
8 Sijil di dalam bidang berkaitan pembinaan 10 12 15
9 Sijil Kemahiran Malaysia – Pengurus Pembinaan (Tahap 5) 5 7 10

Pemohon

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan kualiti projek di tapak pembinaanseperti pengurus projek, jurutera, arkitek, jurukur bahan, pengurus binaan dan jawatan lain berkaitan pembinaan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan

Kaedah Pentauliahan

Program pentauliahan pengurus projek pembinaan (CCPM) ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  • Kaedah I(a) – Latihan dan Penilaian,
  • Kaedah I(b) – iaitu Penilaian Sahaja, dan
  • Kaedah II (RPLE) – iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

Kaedah Proses Penilaian
Kaedah I(a)
Latihan dan Penilaian
Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 6
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah I(b)
Penilaian sahaja
Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 6
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
Kaedah II (RPLE)
Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE)
Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 6
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah III pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 6 dengan tugas dan tanggungjawab Pengurus Projek Pembinaan (CCPM) yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Pengurus Projek Pembinaan bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Keberhasilan Program

Keberhasilan program (PO) untuk program pentauliahan pengurus projek pembinaan adalah seperti berikut:

PO Kriteria Khusus Penyata Keberhasilan Program
PO1 Pengetahuan dan Kompeten Pengurus Projek Pembinaan yang mempunyai pengetahuan yang luas serta kompeten dalam pengurusan projek pembinaan, mencapai perancangan, penyelarasan, pengawasan, pengawalan, pengurangan dan penyerahan projek yang memenuhi syarat kos, jangka masa dan kualiti yang diharapkan dari kitaran aktiviti sepanjang hayat projek.
PO2 Etika, Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Pengurus Projek Pembinaan yang berpegang kepada, dan menunjukkan kepentingan budaya kerja yang beretika profesional, alam sekitar (kemapanan) serta keselamatanan dan kesihatan di tempat kerja dengan mengutamakan cara pembangunan mampan dalam projek pembinaannya.
PO3 Tender, Kontrak dan Pengurusan Nilai Pengurus Projek Pembinaan yang mahir dalam aktiviti tender, kontrak dan pengurusan nilai serta prosedur penyampaian pelaburan berhasil tinggi untuk majikan nya melalui analisa SWOT yang teratur dan, penyelesaian sebarang ketidak seimbangan melalui strategi yang sesuai dalam penyelesaian pertikaian selaras dengan kontrak sehingga penutup aktiviti projek.
PO4 Perolehan dan Pengurusan Kewangan Pengurus Projek Pembinaan yang menunjukkan kefahamanan mendalam tentang prinsip pengurusan kewangan projek dari tahap permulaan rekaan terus kepada tahap kehendak/ringkasan pelanggan; supaya dapat membuat perolehan yang efektif dan dalam masa yang sama, membolehkan pengunjuran aliran tunai serta melaksanakan pengawalan kewangan sehingga penyamapaian projek dan penutup akaun.
PO5 Reka bentuk & Pehubungan dan Pengurusan pasukan Pengurus Projek Pembinaan yang cekap berkomunikasi secara efektif dengan majikan dan pasukan sekerja, untuk mengubahkan segala keperluan di jadikan reka bentuk yang memuaskan dan dipersetujui, di waktu yang sama menerajui perundingan degan pihak berkepentingan dan pasukan sekerja yang berpelbagai kemahiran untuk mendapatkan persetujuan dari pihak berkuasa dalam jangka masa yang memadai yang mematuhi segala keperluan serta syarat teknikal dan komersial.
PO6 Pengurusan Kualiti, Perancangan Projek, Pengawasan dan Pengawalan Pengurus Projek Pembinaan yang memastikan penyampaian berkualiti dari servis pasukan sekerja nya melalui perancangan, pengawasan dan pengawalan projek yang efisien dengan langkah langkah pengurusan risiko, meramal and mengunjur di ikuti mengurangkan menggunakan teknik konvensional yang khusus serta kaedah moden pengurusan projek untuk rakaman dokumen yang memuaskan.
PO7 Teknik Rumit Pengurusan Projek & Operasi dan Penyelenggaraan Pengurus Projek Pembinaan yang menilai pelbagai prinsip dan teknik pengurusan projek serba rumit yang merangkumi tanggungjawab kerja, bagi diri nya sendiri dan orang lain, yang termasuk perancangan, penglaksanaan dan pengawalan untuk sokongan dari penilaian pemerhatian yang munasabah besarnya sambil mempraktikan autonomi yang boleh dipercayai sepanjang proses pembinaan sehingga peringkat operasi dan penyelenggaraan.
PO8 Kemahiran Peribadi & Keusahawanan Pengurus Projek Pembinaan yang menerajui contoh kemahiran peribadi yang merangkumi kehendak memajukan diri dengan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan, sentiasa meneroka dan mencapai kompetensi relevan untuk kecekapan dan kecemerlangan Pengurusan Projek.
Modul (M) Nama Modul
Modul 01 (M01) Asas Kecekapan Pengurusan Projek
Modul 02 (M02) Permulaan Projek
Modul 03 (M03) Reka Bentuk Konsep & Anggaran Awal
Modul 04 (M04) Pengurusan Perolehan
Modul 05 (M05) Perancangan, Pengawasan dan Pengawalan Projek
Modul 06 (M06) Pengurusan Kewangan Projek
Modul 07 (M07) Pembangunan Reka Bentuk & Hubungan Penguatkuasa
Modul 08 (M08) Pengurusan dan Pengawasan Kualiti
Modul 09 (M09) Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Modul 10 (M10) Pengurusan Alam Sekitar
Modul 11 (M11) Pengurusan Nilai
Modul 12 (M12) Pengurusan Tender
Modul 13 (M13) Pengurusan Kontrak
Modul 14 (M14) Penyerahan dan Penutupan Projek
Modul 15 (M15) Operasi dan Penyelenggaraan
Modul 16 (M16) Pengurusan Pasukan Kerja dan Kakitangan Projek

Lain-Lain Maklumat

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

mceia 1

This will close in 20 seconds