Skip to main content
search

Pekerja Mahir

Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK)

Program Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK)Objektif Program PKKSasaran PesertaSyarat-Syarat PermohonanKadar YuranPembayaranTajaanKehadiran Ke Sesi PenilaianKeperluan Perundangan

Program Untuk Industri

Program Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK)

Program Penilaian Kompetensi Kemahiran dilaksanakan selaras dengan keperluan Seksyen 33A, Akta 520 (Pindaan 2011). Melalui program ini, kompetensi pekerja binaan akan dinilai dan diakreditasi untuk memperakukan mereka sebagai pekerja binaan yang kompeten. Pekerja binaan yang kompeten akan melayakkan mereka untuk melaksanakan kerja-kerja mahir di dalam industri pembinaan berdasarkan bidang kemahiran mereka.

Objektif Program PKK

  • a) Untuk mempertingkatkan kualiti dan penghasilan kerja-kerja di tapak binaan melalui perlaksanaan kerja mahir oleh mereka yang yang berkelayakan dan kompeten.
  • b) Perlaksanaan tanggungjawab dan kompetensi adalah menepati keperluan National Occupational Skill Standard (NOSS) yang ditetapkan.
  • c) Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya pekerja binaan melalui akreditasi dan pensijilan.

Sasaran Peserta

Permohonan untuk mengikuti program ini adalah terbuka kepada semua individu berikut:

  • a) Pekerja Binaan Tempatan
  • b) Pekerja Binaan Bertaraf Penduduk Tetap
  • c) Pekerja Binaan Asing
  • d) Mana-mana individu selain dari kategori yang disebutkan di atas yang beminat untuk dinilai kemahiran mereka boleh memohon dan mengikuti program ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Syarat-Syarat Permohonan

Semua pemohon bagi Program Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK) hendaklah :

  • 1. Menyertakan Borang Perakuan Pengalaman Industri. Pemohon perlulah mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman kerja terkini dalam tred-tred yang dipohon dan hendaklah mendapat pengesahan (cop & tandatangan) oleh majikan terkini.
  • 2. Bagi pemohon yang bekerja sendiri, tidak mempunyai majikan serta pemilik syarikat yang terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan perlulah mengisi Borang Akuan Berkanun Permohonan Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK) dan menyertakan senarai kerja-kerja/projek pembinaan yang telah dilaksanakan; ATAU
  • 3. Telah mengikuti latihan kemahiran yang berkaitan dalam tred yang dipohon dan diiktiraf oleh CIDB (sila muatnaik salinan sijil).
  • 4. Bagi tred-tred Kimpalan (Welding), Blaster & Painter (BPO) dan Ujian Tanpa Musnah (Non Destructive Testing – NDT) pelaksanaan program akreditasi akan berdasarkan kepada pensijilan ISO/IEC 17024:2012 (Conformity Assessment:General Requirements for Bodies Operating Certification of Persons).

Kadar Yuran

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi permohonan di laman web

Kunjungi Laman

Pembayaran

Kaedah Pembayaran :

  • a) Pembayaran adalah secara On-line menggunakan transaksi Perbankan Internet/Kad Kredit/Kad Debit semasa mengemukakan permohonan.
  • b) Pembayaran secara tunai adalah tidak diterima.

Tajaan

CIDB menaja sebahagian yuran penilaian bagi pemohon tempatan sahaja yang memenuhi kriteria berikut:

  • a). Pemohon perlulah mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman
  • b) Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah.
  • c) Berdaftar sebagai personel binaan di bawah kategori berikut:
    1. Pekerja Binaan Am
    2. Pekerja Binaan Separuh Mahir
    3. Pekerja Binaan Mahir

* Bagi kategori pekerja binaan selain daripada diatas adalah tidak layak ditaja dan perlu membuat bayaran penuh.

Kehadiran ke Sesi Penilaian

Semua peserta/calon hendaklah memastikan keberadaan mereka semasa sesi penilaian berdasarkan tarikh penilaian yang telah ditetapkan. Calon yang gagal hadir ke sesi penilaian yang telah ditetapkan oleh ABM/CIDB Technologies tanpa sebarang pemakluman rasmi akan dianggap gagal dan tiada sebarang pemulangan yuran akan dipertimbangkan. Peserta/calon perlu mengemukakan permohonan baharu jika hendak meneruskan dengan Program Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK).

Persijilan/Pengiktirafan

Pemohon/calon yang telah lulus dan kompeten, pihak CIDB akan mengeluarkan SIJIL KOMPETENSI KEMAHIRAN PEMBINAAN (SKKP)

Keperluan Perundangan

  • Seksyen 33A (1)
    Tiada penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir boleh terlibat atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
  • Seksyen 33A (6)
    Mana-mana orang yang mengambil mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir yang tidak diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

ext

This will close in 20 seconds