YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof/ Dr. / Tuan/ Puan,
Salam Hormat daripada Sekreteriat JKR GreenDay 2025, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga.
Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput YBhg. Datuk / Dato’ / Prof / Dr. / Tuan / Puan untuk menghadiri Program JKR GreenDay 2025, yang akan dilaksanakan sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 4 – 5 November 2025 (Selasa – Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Siantan, Perbadanan Putrajaya
Dirasmikan oleh : Dato Sri Alexander Nanta Linggi Menteri Kerja Raya
JKR Greenday merupakan satu program dwi tahunan dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) dan Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT), JKR Malaysia. JKR GreenDay 2025 bertemakan The Green Generation: Empowering Change, program ini akan menjadi platform yang bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman tentang aspek kelestarian dan teknologi hijau secara amnya dan berfokus kepada industri pembinaan negara secara khususnya. Aspek Kelestarian dalam industri pembinaan merangkumi semua bidang seperti Senibina, Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrikal, Ukur Tanah dan Ukur Bahan. JKR GreenDay 2025 akan membawa 8 pembentang dan moderator yang terlibat secara langsung dalam bidang -bidang berkenaan bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman berkenaan isu-isu serta cabaran semasa seterusnya teknologi dan penyelesaian mampan terkini. Risalah program dan atur cara dapat di akses melalui pautan JKR GreenDay website seperti berikut;
Kami amat berharap YBhg. Datuk / Dato’ / Prof / Dr. / Tuan / Puan dapat bersama-sama memeriahkan program ini dalam usaha kita menyemai masa depan yang lestari. Penyertaan dibuka kepada agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, syarikat, serta individu yang komited dalam memacu kelestarian. Tarikh tutup pendaftaran adalah 30 September 2025 dan pautan borang pendaftaran adalah seperti berikut
PARTICIPANT REGISTRATION “JKR GREENDAY 2025″ (4 – 5 November 2025)
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan program, sila hubungi Sekretariat Greenday 2025 seperti maklumat dibawah:
1. Ir. Nur Sya’fiqa binti Jamaluddin | [email protected] |Â 013 – 941 9674
2. Pn. Siti Suzila binti Abd Rashid | [email protected] (pendaftaran) | 010 – 291 0473
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang menjalankan amanah,
JAWATANKUASA HEBAHAN DAN PROMOSI
SEKRETERIAT JKR GREENDAY 2025
CAWANGAN ALAM SEKITAR DAN KECEKAPAN TENAGA
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
KUALA LUMPUR