SKKP CIDB Diiktiraf di bawah ISO/IEC 17024:2012
Pengenalan
CIDB kini secara rasmi diiktiraf sebagai Badan Pensijilan Personel di bawah piawaian antarabangsa ISO/IEC 17024:2012 (Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating Certification of Persons) oleh Jabatan Standard Malaysia(JSM) mulai 7 September 2023.
Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen CIDB dalam memastikan proses pensijilan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) menepati standard global dan menjamin ketelusan, kesaksamaan serta kebolehpercayaan.
CIDB memfokuskan kepada tiga (3) bidang utama iaitu :
- a) Kimpalan (Welding);
- b) Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing – NDT); dan
- c) Jurubagas dan Jurucat (Blasting and Painting)
Pelaksanaan penilaian bagi pensijilan SKKP ke atas tiga (3) bidang tersebut dilaksanakan berdasarkan Skim Pensijilan berlandaskan keperluan ISO/IEC 17024:2012, iaitu:
- a) Certification Scheme ISO/IEC 17024:2012 For Welding;
- b) Certification Scheme ISO/IEC 17024:2012 For Non-Destructive Testing; dan
- c) Certification Scheme ISO/IEC 17024:2012 For Blasting And Painting
Manfaat kepada Industri
- Pengiktirafan global terhadap personel berkemahiran tinggi
- Keyakinan pasaran terhadap kualiti dan kebolehpercayaan kompetensi
- Proses pensijilan yang berintegriti, telus dan adil
- Memberi nilai tambah kepada Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) sebagai bukti pematuhan kepada standard antarabangsa
- Meningkatkan kebolehpasaran dan mobiliti personel dalam dan luar negara
- Menambah kepercayaan pihak berkepentingan termasuk kontraktor, klien, dan badan penguat kuasa
Tarikh Kuat Kuasa
1 Jun 2024
Semua sijil SKKP yang dikeluarkan bagi tred Welding, Non-Destructive Testing (NDT), dan Blasting & Painting akan memaparkan logo ISO/IEC 17024, menandakan pematuhan kepada standard antarabangsa. Contoh Sijil SKKP adalah seperti berikut:
KLIK DISINI UNTUK LIHAT SIJIL SKKP CIDB
Bagi permohonan bermula 1 Jun 2024 dan lulus penilaian akreditasi akan memperolehi sijil SKKP ISO/IEC 17024:2012. Sijil SKKP akan dijana setelah bayaran yuran pensijilan RM200 dijelaskan.
Personel binaan yang telah memperolehi SKKP di bawah skop pensijilan ISO/IEC 17024:2012 yang bermula pada tarikh kuatkuasa pelaksanaan ISO/IEC 17024:2012 layak untuk membuat permohonan gantian kepada sijil SKKP ISO/IEC17024:2012 mengikut ketetapan berikut:
Bil | Perkara | Kadar Yuran |
1. | Personel yang membuat permohonan dari 1 Mac 2022 sehingga 31 Disember 2023 dan lulus akreditasi | RM 200.00 |
2. | Permohonan mulai 1 Januari 2024 dan lulus sebelum 1 Jun 2024 | Pengecualian bayaran Yuran Pensijilan |
Nota : Rujuk Pekeliling CIDB-Bil.1/2024 Pengenaan Yuran Baharu Bagi Program Penilaian Dan Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan Tahun 2024 sebanyak RM 200 bagi semua tred mulai 1 Jan 2024)
KLIK DISINI UNTUK LIHAT MANUAL PENGGUNA GANTIAN SIJIL SKKP ISO 17024
Maklumat lanjut sila hubungi : 03- 5567 3300 atau e-bantuan : http//www.cidb.gov.my/e-bantuan
Tempoh Pensijilan SKKP
TRED | TEMPOH PENSIJILAN | PEMBAHARUAN | PENSIJILAN SEMULA |
---|---|---|---|
Kimpalan (Welding) | 3 tahun | Tahun ke-3 | Tahun ke-6 |
Ujian Tanpa Musnah(Non-Destructive Testing – NDT) | 5 tahun | Tahun ke-5 | Tahun ke-10 |
Jurubagas dan Jurucat (Blasting and Painting) | 5 tahun | Tahun ke-5 | Tahun ke-10 |
*Maklumat lanjut sila rujuk Skim Pensijilan
Senarai Program Yang Ditawarkan
Kimpalan (Welding) :
- a. Shielded Metal Arc Welding (SMAW)
- b. Gas Tungsten Arc Welding (GTAW)
- c. Gas Metal Arc Welding (GMAW)
- d. Flux Cored Arc Welding (FCAW)
Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing – NDT) :
- a. Magnetic Testing (MT)
- b. Penetrant Testing (PT)
- c. Ultrasonic Testing Thickness Measurement (UTTM)
- d. Ultrasonic Testing in Welds (UT)
- e. Radiographic Interpreter (RI)
Jurubagas dan Jurucat (Blasting and Painting-BPO) :
- a. Blaster
- b. Painter
Hak Pemohon/Pelatih/Pemegang Sijil SKKP
- Pemohon yang memerlukan keperluan khas berhak dipertimbangkan untuk mengikuti penilaian, sekiranya bersesuaian, dengan mengisi Borang Kebenaran Khas.
- Pemohon berhak memilih mana-mana pusat penilaian semasa membuat permohonan.
- Pemohon berhak menolak tawaran untuk mengikuti latihan atau penilaian dalam tempoh yang telah ditetapkan, dengan syarat memberikan alasan yang munasabah.
- Pemohon berhak memohon pemulangan yuran latihan/penilaian sekiranya memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan.
- Pelatih yang gagal dalam penilaian berhak membuat rayuan untuk semakan semula keputusan penilaian dalam tempoh masa dan mengikut proses yang telah ditetapkan.
- Permohonan penilaian semula boleh dibuat dalam tempoh sebulan selepas keputusan penilaian dikeluarkan dan selewat-lewatnya dalam tempoh dua tahun.
- Semua pemegang Sijil SKKP bagi tred di bawah Pensijilan ISO/IEC 17024:2012 diwajibkan menandatangani Akujanji Pensijilan/Kod Etika Pemegang Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP). Tindakan penggantungan atau pembatalan sijil boleh dikenakan sekiranya pemegang sijil gagal memenuhi Akujanji Pensijilan atau Kod Etika SKKP.
- Pemohon mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan, atau memadamkan data peribadi mereka dengan membuat permintaan kepada CIDB.
- Pemohon berhak menarik balik kebenaran penggunaan data peribadi mereka pada bila-bila masa, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Permohanan
Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui CIMS CIDB.
https://cims.cidb.gov.my
Pusat Bertauliah
BIL | PUSAT LATIHAN & PENILAIAN BERTAULIAH | BIDANG TRED YANG DITAWARKAN | NO. TELEFON |
---|---|---|---|
1 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (KUALA LUMPUR) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO) | +6019-7283575 |
2 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (JOHOR) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO) | +6019-7868536 |
3 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (PERAK) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | +6019-3213575 |
4 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (KEDAH) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO) | +6019-6623575 |
5 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (TERENGGANU) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO) | +6019-9133575 |
6 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (SARAWAK) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | +6019-3933575 |
7 | CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (SABAH) | 1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO) | +6011-10519431 |
Pengurusan Rayuan
CARTA ALIR PROSES
* Permohonan rayuan hendaklah dikemukakan kepada CIDB dalam tempoh 14 hari selepas keputusan
Penilaian Semula (Re-assessment)
Peserta-peserta adalah dibolehkan untuk menduduki penilaian pada bahagian yang gagal sahaja samada teori atau amali. Permohonan untuk Penilaian Semula (Re-Assessment) boleh dibuat dalam tempoh selepas 30 hari dan tidak lewat dari 2 tahun dari tarikh pengeluaran keputusan oleh CIDB.
Pengurusan Aduan
Pemohon boleh mengemukakan permohonan aduan melalui e-bantuan CIDB
https://www.cidb.gov.my/e-bantuan/