Akreditasi Pusat Latihan
Program Untuk Industri
Pusat Latihan Bertauliah (PLB) Kemahiran
- Pusat Latihan Bertauliah Kemahiran adalah sebuah pusat latihan yang ditauliah oleh CIDB bagi melaksanakan program latihan kemahiran bagi persijilan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 1 hingga 3.
- Pusat latihan yang berminat perlu berdaftar sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf seperti perniagaan /syarikat /persatuan / koperasi / lain-lain. Di samping itu, pusat latihan wajib menyediakan ruangan untuk mengadakan latihan kemahiran mengikut tred / program, serta mempunyai modal kewangan yang mencukupi.
- Pusat latihan yang berminat untuk menjadi PLB boleh mengemukakan permohonan secara manual kepada CIDB dengan menggunakan Borang Permohonan PL22.
Borang Permohonan PL22
Pusat Latihan Kompetensi Bertauliah
Pusat Latihan Bertauliah
Penyeliaan & Pengurusan
- Pusat Latihan Bertauliah Penyeliaan & Pengurusan adalah sebuah pusat latihan yang ditauliah oleh CIDB bagi melaksanakan program latihan penyeliaan dan pengurusan bagi persijilan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) tahap 4 hingga 6.
- Pusat latihan yang berminat perlu berdaftar sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf seperti perniagaan /syarikat / persatuan / koperasi / lain-lain. Di samping itu, pusat latihan wajib menyediakan ruangan untuk mengadakan latihan mengikut tred / program, serta mempunyai modal kewangan yang mencukupi.
- Pusat latihan yang berminat untuk menjadi PLB boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui sistem CIMS CIDB berpandukan Manual Pengguna – Permohonan PLB Penyeliaan & Pengurusan.
Manual Pengguna – Permohonan PLB
Penyeliaan & Pengurusan
Program Untuk Industri