Pembangunan Pengurus

Pentauliahan Pengurus
Pembinaan (CCM)

Pengenalan ObjektifSyarat PentauliahanPemohonKaedah PentauliahanKeberhasilan ProgramLain-Lain Maklumat

Program Untuk Industri

Pengenalan Objektif

Di dalam merealisasikan kejayaan sebuah projek pembinaan, industri perlu mempunyai pengurus pembinaan yang kompeten. Maka industri pembinaan Malaysia melalui CIDB, telah membangunkan Construction Industry Competency Standard (CICS) untuk pengurus pembinaan. CICS untuk pengurus pembinaan ini dibangunkan pada tahap 5 Struktur Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Structure). Mereka yang telah dinilai kompeten, iaitu mencapai tahap pengetahuan dan kemahiranyang secukupnya akan dianugerahkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5.

Program pentauliahan pengurus pembinaan ini bermatlamat untuk membolehkan industri pembinaan Malaysia mentauliah pengurus pembinaan yang kompeten melalui kaedah pentauliahan yang ditetapkan selaras dengan AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994 (Akta 520) (Pindaan 2011) dan Construction Industry Transformation Program (CITP).

Objektif program pentauliahan pengurus projek pembinaan ini adalah:

  • Mengiktiraf pengurus pembinaan yang berkhidmat di dalam industri pembinaan Malaysia sebagai Pengurus Pembinaan Bertauliah (Certified Construction Manager, CCM),
  • Menyokong inisiatif untuk meningkatkan tahap kompetensi pengurus pembinaan Malaysia ke tahap global,
  • Menyokong pelaksanaan Akta CIDB, Bahagian VII-Seksyen 33(1) untuk mendaftar Pengurus Pembinaan Bertauliah (CCM), dan
  • Merekod dan menyimpan data pengurus pembinaan bertauliah di dalam satu pengkalan data.

Syarat Pentauliahan

Kategori Kelayakan Minima Akademik Tahun pengalaman di dalam bidang pembinaan yang berkaitan
Kaedah I(a) Kaedah I(b) Kaedah II (RPLE)
1 Professional berdaftar (cth: Ir., Ar., Sr.) 1 3 4
2 Pengiktirafan Professional Luar Negara (built environment) 2 4 5
3 Sarjana (Berkaitan Pembinaan) 2 5 5
4 Sarjana (Bukan Pembinaan) 3 5 6
5 Sarjana Muda (Berkaitan Pembinaan) 3 5 6
6 Sarjana Muda (Bukan Pembinaan) 5 7 8
7 Diploma (Berkaitan Pembinaan) 5 7 8
8 Diploma (Bukan Pembinaan) 6 8 10
9 Sijil/Sijil Kompetensi (Berkaitan Pembinaan) 6 8 10
10 Sijil (Bukan Pembinaan) 8 10 12
11 Lepasan Sekolah Menengah 12 14 16
12 Lepasan Sekolah Rendah 16 18 20

Nota:
1.Sijil Berkaitan Pembinaan adalah termasuk Sijil Politeknik, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Teknikal lain yang mana program tersebut telah memperolehi Perakuan Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
2.Sijil Kompetensi berkaitan pembinaan adalah termasuk Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) atau sijil kompetensi yang dikeluarkan oleh badan regulatori lain.
3.Sijil Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma (termasuk Diploma Vokasional Malaysia) berkaitan pembinaan adalah sijil berkaitan dengan pengurusan teknikal dan projek pembinaan dan memperolehi Perakuan Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pemohon

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan pembinaan di tapak pembinaan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan.

Kaedah Pentauliahan

Program pentauliahan pengurus pembinaan (CCM) ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  • Kaedah I(a) – Latihan dan Penilaian,
  • Kaedah I(b) iaitu Penilaian Sahaja, dan
  • Kaedah II (RPLE) iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Keberhasilan Program

Modul pembelajaran yang telah dibangunkan adalah:

Module (M) Module Name
Modul 01 (M01) Asas Kecekapan Pengurusan Pembinaan
Modul 02 (M02) Pengurusan Tender
Modul 03 (M03) Pengurusan Pergerakan Tapak
Modul 04 (M04) Perancangan dan Pelaksanaan Pembinaan
Modul 05 (M05) Pengurusan Aliran Tunai
Modul 06 (M06) Pengurusan Kualiti Pembinaan
Modul 07 (M07) Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Modul 08 (M08) Pengurusan Pelindungan Alam Sekitar
Modul 09 (M09) Pengurusan Personel dan Staf Project
Modul 10 (M10) Pengurusan Bahan Binaan
Modul 11 (M11) Pengurusan Buruh Binaan
Modul 12 (M12) Pengurusan Sub-Kontraktor
Modul 13 (M13) Pengurusan Peralatan & Jentera Binaan
Modul 14 (M14) Pengurusan Pelbagai Tugas Pembinaan
Modul 15 (M15) Pengurusan Pejabat Tapak
Modul 16 (M16) Pentadbiran Kontrak
Modul 17 (M17) Pengurusan Penyampaian Projek

Lain-Lain Maklumat

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

G7

 

 

This will close in 20 seconds