Skip to main content
search

Penyeliaan Pembinaan

Pentauliahan Eksekutif Kualiti Projek (CPQE)

Pengenalan ObjektifSyarat PentauliahanPemohonKaedah PentauliahanKeberhasilan ProgramLain-Lain Maklumat

Program Untuk Industri

Pengenalan Objektif

Program pentauliahan ini bertujuan membantu mempertingkatkan tahap pengetahuan dan profesionalisme di kalangan eksekutif kualiti projek di projek pembinaan di Malaysia serta memastikan objektif utama program ini dapat dicapai terutamanya mempertingkatkan kualiti di dalam kerja-kerja dan hasil pembinaan.

Di antara objektif program Pentauliahan Eksekutif Kualiti Projek ini adalah:

  • Mempertingkatkan kualiti kerja di tapak binaan melalui penyeliaan kualiti oleh Eksekutif Kualiti Projek yang bertauliah dan kompeten.
  • Memastikan supaya kekompetenan Eksekutif Kualiti Projek menepati Construction Industry Competency Standard (CICS) yang telah dibangunkan oleh Lembaga dan pemain industri.
  • Memenuhi keperluan industri ke atas kepentingan personel binaan yang khusus melaksanakan tugasan kawalan kualiti projek pembinaan.
  • Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya Eksekutif Kualiti Projek di Malaysia

Syarat Pentauliahan

Akan dimaklumkan

Pemohon

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan kualiti projek di tapak pembinaan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan

Kaedah Pentauliahan

Program pentauliahan Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  • Kaedah I – Latihan dan Penilaian,
  • Kaedah II iaitu Penilaian Sahaja, dan
  • Kaedah III iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

Kaedah Proses Penilaian
Kaedah I
Latihan dan Penilaian
Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah II
Penilaian sahaja
Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
Kaedah III
Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE)
Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 atau 3 di mana bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab.
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah III pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 dengan tugas dan tanggungjawab Eksekutif Kualiti Projek (CPQE) yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Eksekutif Kualiti Projek bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Keberhasilan Program

Akan dimaklumkan.

Lain-Lain Maklumat

  • Borang permohonan
    Sila muat turun di sini
  • Senarai eksekutif kualiti projek bertauliah
    Pautan ke carian di CIMS

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

mceia 1

This will close in 20 seconds