Skip to main content
Info TerkiniPengumuman CIDB

Peluang Pembiayaan dan Sokongan Modal Untuk Kontraktor

By Oktober 9, 2025No Comments

Sebagai agensi utama yang mengawal selia dan memajukan industri pembinaan negara, CIDB Malaysia sentiasa komited dalam memperkasa kontraktor tempatan agar lebih berdaya saing, mampan dan bersedia menghadapi cabaran pasaran.

Sehubungan itu, CIDB mengambil inisiatif untuk berkongsi maklumat mengenai peluang pembiayaan dan sokongan modal yang ditawarkan oleh pelbagai agensi dan institusi kewangan. Inisiatif ini bertujuan membantu kontraktor mendapatkan akses kepada dana, sama ada untuk menaik taraf gred, memperluas operasi, membiayai projek baharu atau memperkukuh daya tahan syarikat.

Maklumat ini diharap dapat dimanfaatkan oleh kontraktor sebagai langkah strategik ke arah pertumbuhan yang lebih kukuh dan lestari.

Berikut merupakan senarai agensi dan institusi pembiayaan yang menawarkan pelbagai skim pembiayaan dan kemudahan modal.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
SKIM KUMPULAN WANG AMANAH KONTRAKTOR (SKWAK)
https://iskwak.kuskop.gov.my/

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
Pembiayaan Kewangan TERAJU
https://teraju.gov.my/pembiayaan-kewangan/

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres
https://www.mara.gov.my/en/index/ent-menu/support-facilities/ent-business-finance/spike-spike-glc

Bank Negara Malaysia – Skim CAKNA
Pembiayaan untuk Kontraktor Kerajaan CAKNA
https://www.bnm.gov.my/sme-financing/skim-cakna

TEKUN Nasional
Skim Pembiayaan Kontrak-i
https://www.tekun.gov.my/skim-pembiayaan-kontrak-i/

Credit Guarantee Corporation (CGC) – imSME
Platform carian pembiayaan untuk PKS
https://imsme.com.my/business-financing

MoneySave
Pembiayaan P2P (Peer-to-Peer Lending)
https://www.moneysave.com.my/P2PHome/

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Pembiayaan Perniagaan Bumiputera
https://www.punb.com.my/ms/products-services/business-financing/

FM

 

 

This will close in 20 seconds