PEMAKLUMAN
PENGIKTIRAFAN PEKERJA BINAAN AM SEBAGAI PERSONEL BINAAN SEPARA MAHIR
Adalah dimaklumkan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)akan melaksanakan pengiktirafan Personel Binaan Am (CGW0) kepada Personel Binaan Separa Mahir (PSM0) bermula bulan Oktober tahun 2026.
Pengiktirafan ini hanya melibatkan Personel Binaan Am (CGW0) yang memenuhi kesemua kriteria berikut:
i. Masih sah berdaftar (aktif) dengan pihak CIDB;
ii. Berdaftar di bawah kategori Pekerja Binaan Am (CGW0); dan
iii. Mempunyai pengalaman kerja melebihi tiga (3) tahun.
Personel Binaan yang diiktiraf sebagai Personel Binaan Separa Mahir (PSM0)tersebut dikehendaki mendapatkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) bagi melayakkan diri didaftarkan sebagai Pekerja Binaan Mahir. Tempoh dibenarkan untuk melengkapkan dan mendapatkan SKKP adalah bermula dari tarikh pemakluman ini sehingga 31 Ogos 2027.
Personel Binaan tersebut mahupun majikan boleh menyemak status pendaftaran PSM0 serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan menekan butang CARIAN PERSONEL BINAAN melalui sistem CIMS di pautan rasmi: http://cims.cidb.gov.my
ADALAH DIINGATKAN, mana-mana Personel Binaan yang didapati menjalankan kerja-kerja binaan tahap mahir yang disenaraikan di Jadual 3 Akta 520 tanpa berdaftar sebagai Pekerja Binaan Mahir, akan dikenakan Tindakan yang tegas dan maksimum selaras undang-undang yang berkuatkuasa.
#BinaSempurna #MalaysiaMadani




