Bahagian Antarabangsa CIDB telah memulakan pangkalan data berasaskan web yang mengandungi maklumat mengenai projek-projek yang telah siap dibina di luar negara yang diterajui oleh kontraktor Malaysia. Ia bertugas sebagai salah satu fungsi CIDB untuk mempromosikan, menggalakkan dan membantu ekspot perkhidmatan berhubungan dengan industri pembinaan. Pangkalan data ini boleh diakses melalui laman web rasmi CIDB di www.cidb.gov.my

 

Fungsi utama Projek Pengkalan Data Antarabangsa CIDB adalah untuk membolehkan pengguna awam mendapat maklumat berkaitan dengan projek-projek pembinaan di luar negara. Pengguna diberikan keupayaan untuk melaksanakan perlombongan data dengan menyelidik butiran projek, intisari projek dan mengawasi status projek di luar negara. 

 

Pangkalan data ini akan digunapakai oleh pelbagai kementerian dan badan kerajaan seperti Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Bank Negara Malaysia dan juga secara am seperti ahli akademik, para pelajar (terutamanya pelajar Pengurusan Pembinaan) untuk  tujuan menjalankan kajian mereka terhadap keupayaan kontraktor Malaysia.

 

 Pengumuman tender adalah deskripsi ringkas mengenai kerja yang ditawarkan didalam  tender