AnnouncementLatest Info

Konvensyen Kontraktor 2026

By May 4, 2026No Comments
Konvensyen

Sempena sambutan Hari Pekerja 2026, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui anak syarikatnya, CIDB Holdings Sdn Bhd, mengumumkan penganjuran Konvensyen Kontraktor 2026 yang bakal berlangsung pada 15 hingga 16 Julai 2026 di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang.

Mengangkat tema “NexGen Builders: Pembina Generasi Baru”, konvensyen ini memberi fokus khusus kepada usaha memperkasa dan merangsang pertumbuhan industri pembinaan di wilayah utara, selari dengan perkembangan pesat projek infrastruktur dan pembangunan strategik di kawasan tersebut.

Selari dengan aspirasi negara untuk meningkatkan produktiviti dan daya tahan industri, CIDB turut memperkenalkan tawaran istimewa sempena Hari Pekerja, di mana tiket penyertaan ditawarkan pada harga RM100 sahaja (harga asal RM195) kepada peserta yang mendaftar dari tempoh 1 Mei hingga 15 Mei 2026. Tawaran ini adalah terhad dan tertakluk kepada syarat.

 

Pendaftaran boleh di buat secara dalam talian melalui laman web rasmi:

👉 https://www.cidbholdings.com.my/konvensyen-kontraktor/

 

KLIK SINI UNTUK BROSUR PROGRAM

notis senaria hitam

 

 

This will close in 20 seconds