PEMAKLUMAN SEMAKAN PUSAT LATIHAN / PENILAIAN BERTAULIAH CIDB
Dimaklumkan bahawa pihak Construction Industry Development Board (CIDB) menyediakan kemudahan semakan Pusat Latihan / Penilaian Bertauliah bagi membolehkan penggiat industri pembinaan dan orang awam mendapatkan maklumat serta mengesahkan status pentauliahan pusat yang berdaftar dan diiktiraf oleh CIDB Malaysia.
Semakan ini boleh dibuat dengan mudah melalui imbasan QR Code yang disediakan pada poster hebahan. Antara senarai program yang boleh dibuat semakan adalah seperti berikut:
- Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (PLB / PPKB)
- Sijil Kecekapan Pengurusan (PLBSKP)
- Contractor Continuous Development (PLCCD)
- Safety Induction for Construction Workers (PLSICW)
Melalui kemudahan ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan nama pusat latihan / penilaian, alamat, jenis program / tred, status pentauliahan, tempoh pentauliahan serta maklumat untuk dihubungi.
Sehubungan itu, semua penggiat industri pembinaan adalah digalakkan untuk membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan pusat latihan atau penilaian yang dipilih mempunyai pentauliahan yang sah dan diiktiraf oleh CIDB Malaysia.
SEMAK & PASTIKAN PUSAT BERTAULIAH DIIKTIRAF CIDB
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN LATIHAN & AKREDITASI
CIDB MALAYSIA





