Skip to main content
search
score

PROGRAM KLINIK COACHING SCORE TAHUN 2025 CIDB NEGERI MELAKA

Dimaklumkan bahawa CIDB Negeri Melaka akan menganjurkan program Klinik Coaching SCORE seperti butiran berikut:

📅 Tarikh: 29 Julai 2025 (Selasa)
🕗 Time: 8.00 pagi – 5.00 petang
🏨 Tempat: Hotel Swiss Garden, Melaka
🎯 Mata CCD: 15 mata
💰 Registration Fees: RM100 (harga promosi; harga asal RM150)

Klinik ini bertujuan untuk memberi bimbingan berkaitan asas-asas kewangan dan kefahaman terhadap soalan-soalan SCORE bagi membantu kontraktor meningkatkan penarafan bintang. Program ini terbuka kepada semua kontraktor Gred G2 hingga G7, khususnya bagi tujuan permohonan pembaharuan PPK, selaras dengan ketetapan wajib penilaian SCORE berkuat kuasa 1 Julai 2024.

Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan mendalam tentang sistem penilaian SCORE yang diguna pakai oleh CIDB Malaysia serta menyediakan platform hands-on program coaching dan sesi soal jawab bersama pegawai berkaitan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 06-232 8895 atau emel kepada [email protected].

  • 00

    days

  • 00

    hours

  • 00

    minutes

  • 00

    seconds

Date

29 Jul 2025

Time

All Day

Cost

RM100.00

More Info

Read More

Location

Hotel Swiss Garden, Melaka

Category

Read More