SFERA merupakan sebuah inisiatif strategik anjuran CIDB Malaysia yang berfungsi sebagai hub inovasi untuk industri pembinaan. Program ini diwujudkan bagi mencungkil, membimbing dan memperkasa penyelesaian kreatif yang lahir daripada pengalaman sebenar di tapak bina — dengan matlamat untuk membawa transformasi praktikal dan mampan kepada sektor pembinaan negara.
Program ini dibiayai sepenuhnya oleh CIDB Malaysia dan terbuka kepada individu serta organisasi yang memiliki idea baharu dan solusi praktikal yang berpotensi menyelesaikan cabaran sebenar di tapak binaan.
Programme's Objective
- Menyediakan platform pembangunan inovasi dalam sektor pembinaan
- Membimbing peserta dalam merangka model perniagaan dan strategi pembentangan
- Mempromosikan solusi tapak bina yang berimpak tinggi kepada pelabur dan rakan strategik industri
- Menghubungkan peserta dengan jaringan profesional, agensi kerajaan, dan pemain utama industri
Siapa Yang Patut Sertai
Program ini terbuka kepada:
Program SFERA terbuka kepada individu dan organisasi yang memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 60 tahun
- Usahawan atau kontraktor yang berdaftar dengan SSM
- Terlibat dalam industri pembinaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung
- Kontraktor G1 hingga G3
- Individu, startup atau inovator yang sedang membangunkan penyelesaian praktikal berkaitan tapak bina, seperti:
o Alat bantuan kerja
o Solusi digital atau automasi
o Inovasi produk bahan binaan
o Kaedah kerja yang meningkatkan keselamatan, kualiti atau kecekapan
Perjalanan Program SFERA
Fasa 1: Idea & Pitching (30 peserta)
3 hari 2 malam Bootcamp
- Penjanaan idea inovasi
- Kajian pasaran & seni pembentangan
- Tapisan ke 20 peserta terbaik
Fasa 2: Model Perniagaan & Pembangunan Inovasi (20 peserta)
2 hari 1 malam Bootcamp
- Pembangunan produk & perkhidmatan
- Pembentukan model bisnes praktikal
- Tapisan ke 10 peserta terbaik
Fasa 3: Mock-Up & Persediaan Pitch (10 peserta)
- Tempoh 2 minggu pembangunan mockup
- 2 hari 1 malam Bootcamp pemetaan inovasi
- Pemantapan slaid dan kemahiran pitching
DEMO DAY: Hari Pembentangan Akhir
- Pembentangan kepada panel pelabur, pakar industri, dan agensi penaja
- Potensi untuk kolaborasi sebenar & pembiayaan
Manfaat Peserta
- Bimbingan oleh fasilitator dan mentor industri
- Akses kepada ekosistem inovasi pembinaan CIDB
- Sijil Penyertaan & pengiktirafan rasmi
- Peluang untuk penajaan, komersialisasi & kolaborasi
- Membangunkan mockup sebenar berdasarkan idea anda
Cara Memohon
Langkah Mudah Untuk Sertai SFERA:
- Layari pautan permohonan rasmi / imbas QR Code
- Isi maklumat dan huraikan idea anda
- Tunggu jemputan rasmi ke Bootcamp Fasa 1
Tarikh tutup permohonan: 30hb Julai 2025
Contact Us
For more information:
CIDB IBS Malaysia
Kuala Lumpur
[email protected]
+603 9224 2280/2920
Instagram: @sferabycidb | TikTok: @sferabycidb