PEMAKLUMAN POLISI BAHARU PERMOHONAN DAN PENJADUALAN PROGRAM (PKK) CIDB
Dimaklumkan bahawa polisi baharu bagi urusan permohonan dan penjadualan Program Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK) CIDB akan mula berkuat kuasa pada 1 November 2026 (Ahad).
Sehubungan itu, semua majikan dan individu yang telah menjelaskan bayaran yuran PKK diwajibkan memberikan maklum balas kepada pihak Akademi Binaan Malaysia (ABM) / CIDB Technologies dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pembayaran dibuat.
Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima dalam tempoh yang ditetapkan, pihak ABM / CIDB Technologies berhak untuk memuktamadkan tarikh penilaian.
Sekian, terima kasih.




