Skip to main content
HeightsBerita

TVET Berperanan Penting Dalam Menyumbang Kearah Kemajuan Ekonomi Malaysia

By November 20, 2023No Comments
4

Dalam ucapan yang semasa pelancaran International Construction Week 2023 dan BuildXpo 2023 di Kuala Lumpur pada Nov 15, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, menekankan kuasa transformasi Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET)dalam membentuk pembangunan mampan negara.

Bersumberkan slogan Nelson Mandela, Menteri Nanta menegaskan bahawa “Pendidikan adalah senjata yang paling berkuasa yang boleh anda gunakan untuk mengubah dunia”. Dalam konteks kemajuan Malaysia, beliau menekankan peranan penting TVET sebagai asas, menyediakan individu dengan kemahiran praktikal yang penting untuk membentuk tenaga kerja mahir dan mendorong pertumbuhan ekonomi.

Nanta berkata: “Dalam usaha kita untuk menuju kehadapan, TVET mampu membekalkan individu dengan kemahiran praktikal, membentuk tenaga kerja mahir yang penting bagi pertumbuhan ekonomi kita. Ia melangkaui pendidikan tradisional, menumbuhkan inovasi dan kemajuan merentasi industri, serta membuka peluang kerjaya yang pelbagai.”

Pentingnya, TVET juga merangkumi teknologi hijau yang menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan. Ia berfungsi sebagai jambatan antara pendidikan dan pekerjaan, meningkatkan kebolehan untuk bekerja dan keusahawanan. Dengan itu, TVET memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi, mencipta peluang individu, dan memastikan keserasian dengan matlamat Malaysia Madani, katanya.

Inovasi memainkan peranan utama dalam TVET dalam meningkatkan kemahiran teknikal, keupayaan menyelesaikan masalah, dan sikap untuk pembelajaran berterusan. Beliau menegaskan bahawa elemen-elemen ini juga membantu menggalakkan keusahawanan, dan memberi peluang untuk individu dalam menyumbang kearah pembangunan teknologi yang akan membentuk masa depan Malaysia.

Dengan membina tenaga kerja mahir melalui TVET, Malaysia bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tetapi juga memastikan masa depan yang Makmur dan inovatif untuk semua rakyat Malaysia, kata Nanta.

mceia 1

This will close in 20 seconds