Skip to main content
HeightsKisah KejayaanTampilan KhasPendapat & PerspektifTip & Panduan

Penggunaan Sistem Perancah Modula Yang Terbaik Di Sektor Penerbangan

By September 15, 2023No Comments

CIDB TV berpeluang mengikuti lawatan ke tapak untuk menilai pematuhan dan kaedah pemasangan sistem perancah  untuk sektor penerbangan di lokasi Malaysia Airlines Berhad (MAB), KLIA Sepang, Selangor.

Objektif lawatan kali ini adalah  bertujuan untuk memberi pendedahan kepentingan menggunakan sistem perancah yang mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan, mengikut qualiti Construction Industry Standard (CIS) 22 dan 23 dan Malaysian Standard MS1462-3.  

Team CIDB TV turut membuat lawatan kerja ke Institut Latihan MKRS di Bangi. Menariknya pihak MKRS telah memperkenalkan kaedah pemasangan sistem perancah modula Ringlock buat kali pertama digunapakai oleh industry penerbangan Malaysia. Kelebihan modula Ringlock ialah menggunakan gred besi paling tinggi dan berkualiti serta berketahanan tinggi untuk menampung beban. Dari segi pemasangan pula modula Ringlock antara yang paling mudah dipasang, menjimatkan masa serta tenaga.

“Kita harus bersama-sama memastikan pemasangan perancah mengikuti piawaian tertentu. Kita serba maklum bahawa CIS 22 dan 23 telah dikuatkuasakan, maka saya menyeru kepada rakan-rakan industry di luar sana supaya setiap pemasangan dan perombakan perancah mengikuti langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi kerajaan.”

Dato’ Mohamad Ridza Hj Illias

Pengarah Urusan, MKRS

“Kita mendapati produk-produk yang dibangunkan oleh pihak MKRS mematuhi akta dan panduan yang digariskan oleh pihak CIDB, ianya bagus untuk kerjasama antara syarikat tempatan dan GLC. Sebagai pihak berkuasa kami berbesar hati membantu vendor tempatan yang berkaitan dengan perancah untuk memenuhi dan mendapatkan Perakuan Pematuhan Standard (PPS).”

Sr Nazir Muhamad Nor

Pengurus Besar – Bahagian Standard & Bahan Binaan, CIDB Malaysia

mceia 1

This will close in 20 seconds