Skip to main content
Tampilan KhasPendapat & PerspektifHeights

Membina Masa Depan: Revolusi BIM Dalam Pembinaan

By September 11, 2023No Comments
2 building

Dalam bahagian kedua siri transformasi digital ini, HEIGHTS akan menyelami dunia Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) – asas transformasi digital dalam pembinaan di Malaysia.

Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) telah muncul sebagai inovasi yang memberikan perubahan mendadak, terutama dalam konteks landskap pembinaan yang pesat di Malaysia. BIM lebih daripada sekadar pelak tindakan (blueprint) digital; ia adalah pendekatan dinamik dan kolaboratif yang mengubah cara projek pembinaan direka, direkabentuk, dan dikendalikan.

Pada asasnya, BIM melibatkan penciptaan representasi digital komprehensif tentang keseluruhan kitar hayat sebuah bangunan. Ini merangkumi komponen senibina, struktur, mekanikal, dan elektrikal. Berbeza daripada cetakan biru dua dimensi tradisional, BIM membawa dimensi baharu kedalaman dan interaktiviti, membolehkan pihak berkepentingan membayangkan projek secara keseluruhan.

Salah satu ciri istimewa BIM adalah kerjasama masa nyata. Arkitek, jurutera, kontraktor, dan pihak yang berkaitan boleh bekerja di platform yang sama secara serentak, membuat kemas kini dan pengubahsuaian segera terlihat oleh semua pihak. Ini meringkaskan komunikasi, dan memastikan semua pihak berkongsi pemahaman yang sama dan menghapuskan potensi salah tafsir atau perbezaan.

Seterusnya, sifat kolaboratif BIM juga meluas kepada perkongsian data. Maklumat berkaitan dengan reka bentuk, bahan, jadual, dan kos boleh disepadukan dalam model BIM. Dataset yang komprehensif ini memastikan keputusan dibuat berdasarkan data dan maklumat, mengurangkan risiko kesilapan atau kecuaian yang boleh menyebabkan kelewatan dan kos berlebihan.

Impak BIM terhadap penggunaan sumber juga penting. Dengan mensimulasikan keseluruhan projek secara digital sebelum pembinaan bermula, pihak berkepentingan boleh mengenal pasti dan menangani potensi perselisihan.

Penyelesaian masalah pada tahap awal pasti mengurangkan pembaziran bahan dan mengoptimumkan peruntukan sumber, menyumbang kepada amalan pembinaan yang lebih mampan dan kos-efektif.

Dengan BIM sebagai pemangkin, industri pembinaan Malaysia kini bersedia untuk membina secara lebih bijak, lebih pantas, dan dengan ketepatan yang lebih tinggi.

 

Dalam bahagian seterusnya, kita akan menyelami bagaimana teknologi boleh meningkatkan keselamatan, ketepatan, dan jadual projek dalam industri pembinaan Malaysia.

Artikel 1: Sektor Pembinaan Malaysia Melangkah ke Era Transformasi Digital

Artikel 3: Peningkatan Teknologi di Tapak Kerja

Artikel 4: Pembinaan Kolaboratif: Menghubungkan Pasukan Secara Digital

Artikel 5: Memetik Kemenangan dalam Era Digital

mceia 1

This will close in 20 seconds