Skip to main content
Tampilan KhasPendapat & PerspektifHeights

Memetik Kemenangan dalam Era Digital

By September 11, 2023No Comments
5 man look at 3d building

Dalam bahagian terakhir siri transformasi digital kami, HEIGHTS akan meneroka halangan yang telah diatasi dan kemenangan yang telah mendorong sektor ke hadapan.

Jalan menuju transformasi digital tidaklah mudah. Salah satu cabaran besar adalah meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Memperkenalkan teknologi baru memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam penggunaannya. Program latihan dan inisiatif pembangunan kemahiran adalah penting untuk memastikan setiap ahli pasukan dapat memanfaatkan potensi teknologi sepenuhnya.

Keselamatan data juga merupakan perkara yang penting. Di dalam landskap digital, perlindungan maklumat projek yang sensitif menjadi suatu keutamaan. Menetapkan langkah-langkah keselamatan siber yang kukuh, dan mengekalkan kawalan akses yang ketat adalah penting untuk melindungi daripada ancaman siber.

Pengintegrasian alat digital sering memerlukan pemikiran semula proses tradisional. Rintangan terhadap perubahan boleh menghalang penggunaan teknologi. Oleh itu perlulah suatu strategi pengurusan perubahan (change management) yang berkesan untuk menangani kebimbangan dan mendorong peralihan yang lancar.Namun begitu, sektor pembinaan di Malaysia telah berjaya dengan cara yang luar biasa dalam menangani cabaran-cabaran sebegini.

Proses yang lebih lancar telah menyebabkan peningkatan kecekapan, mengurangkan jangka masa dan kos projek. Pembuatan keputusan berdasarkan data telah mengurangkan kesilapan dan meningkatkan ketepatan projek.

Platfom kolaboratif telah menyatukan pasukan, memupuk komunikasi dan sinergi walaupun dalam senario kerja jarak jauh.

Mungkin yang paling penting, kelestarian muncul sebagai kemenangan yang bermakna. Transformasi digital telah membuka jalan bagi amalan yang lebih lestari, mengurangkan pembaziran bahan dan impak alam sekitar. 

Jelas, jalan ke hadapan dipenuhi dengan peluang. Cabaran yang diatasi dan kejayaan yang dicapai adalah batu loncatan menuju masa depan di mana teknologi bukan hanya alat tetapi asas bagi kemajuan.

 

Artikel 1: Sektor Pembinaan Malaysia Melangkah ke Era Transformasi Digital

Artikel 2: Membina Masa Depan: Revolusi BIM dalam Pembinaan

Artikel 3: Peningkatan Teknologi di Tapak Kerja

Artikel 4: Pembinaan Kolaboratif: Menghubungkan Pasukan Secara Digital

mceia 1

This will close in 20 seconds