Skip to main content
Pendapat & PerspektifHeights

Manfaat Kaedah ‘Prefabrication’ Dalam Pembinaan

By Julai 28, 2023Ogos 11th, 2023No Comments
Manfaat Kaedah ‘Prefabrication’ Dalam Pembinaan 04

Dalam dunia pembinaan, pemasangan pasang siap dan pembinaan modular kian menjadi penyelesaian yang berkesan untuk mencapai kecekapan dan menjimat kos.

Pakar meramalkan pasaran pembinaan modular global akan berkembang kepada lebih AS$120 bilion menjelang 2027. Beberapa faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan ini termasuk kepentingan keselamatan pekerja, kesedaran global untuk melindungi alam sekitar serta program sokongan yang ditawarkan oleh kerajaan di seluruh dunia.

Oleh itu, kita boleh mengharapkan untuk melihat lonjakan dalam teknologi pengeluaran luar tapak, seperti automasi, dan peningkatan permintaan untuk pembinaan modular.

Pembinaan pasang siap dan modular boleh meringkaskan proses pembinaan, mengurangkan sisa dan mempercepatkan masa penghantaran. Bagi kontraktor, “prefabrifaction” menawarkan banyak kelebihan berbanding kaedah pembinaan tradisional.

Pertama, kerja pasang siap mengurangkan tenaga kerja di tapak dengan ketara kerana kebanyakan komponen sudah dipasang terlebih dahulu dalam persekitaran kilang. Ini bermakna tidak ramai pekerja diperlukan di tapak kerja, dengan demikian meningkatkan keselamatan pekerja.

Kedua, “prefabrifaction” boleh mengurangkan tempoh pembinaan kerana komponen boleh dihasilkan dan dihantar secara pukal ke lokasi dengan lebih cepat daripada kaedah tradisional.

Akhirnya, pembinaan pasang siap dan modular boleh mengelakkan pembaziran bahan daripada kaedah pembinaan tradisional kerana ketepatan pengeluaran kilang.

mceia 1

This will close in 20 seconds