Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

Langkah Strategik CIDB di JapanBuild 2023: Memacu Industri Pembinaan Malaysia Menuju Inovasi Global

By Disember 18, 2023Disember 27th, 2023No Comments
Langkah Strategik CIDB di JapanBuild 2023: Memacu Industri Pembinaan Malaysia Menuju Inovasi Global

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membawa satu rombongan terpilih ke pameran JapanBuild 2023 yang berlangsung di Tokyo dari 13-15 Disember. Delegasi ini terdiri daripada wakil-wakil terpilih dari 15 syarikat pembinaan terkemuka di Malaysia, yang melibatkan pakar kontraktor, perunding pengurusan projek teknikal, pakar Model Maklumat Bangunan (BIM), serta pembekal jambatan keluli. 

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kedudukan sebagai antara pemain utama dalam industri pembinaan di peringkat global.

Delegasi ini tidak hanya terlibat di dalam pameran JapanBuild 2023, tetapi juga akan menyertai siri sesi perkenalan dengan agensi-agensi kerajaan Jepun serta persatuan-persatuan industri setempat. 

Langkah Strategik CIDB di JapanBuild 2023: Memacu Industri Pembinaan Malaysia Menuju Inovasi Global

Kehadiran CIDB dalam pameran ini adalah langkah strategik untuk memperluas pemahaman tentang kemajuan teknologi digital terkini. Pengetahuan ini penting dalam menyokong inisiatif pembaharuan dan peningkatan industri pembinaan di Malaysia, memastikan ia selaras dengan inovasi global dan bersiap sedia menghadapi cabaran masa depan.

Di samping itu, delegasi ini juga berusaha mengkaji dan menilai peluang-peluang perniagaan untuk syarikat-syarikat Malaysia di Jepun, sebagai langkah persediaan untuk menyertai Expo Osaka 2025.

Langkah ini selaras dengan peranan CIDB sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Industri Pembinaan (Akta 520), di mana salah satu fungsi utamanya adalah untuk menggalakkan, merangsang, dan memudahkan pengeksportan perkhidmatan berkaitan industri pembinaan. 

Komitmen CIDB dalam inisiatif ini menunjukkan kesungguhan Malaysia untuk memajukan sektor pembinaan dan mendapatkan pengiktirafan sebagai negara yang inovatif dan kompeten di arena global.

mceia 1

This will close in 20 seconds