Skip to main content
HeightsBerita

17 Wartawan Cemerlang Raih Anugerah Media Pembinaan 2023

By Disember 18, 2023Disember 19th, 2023No Comments
17 Wartawan Cemerlang Raih Anugerah Media Pembinaan 2023
17 Wartawan Cemerlang Raih Anugerah Media Pembinaan 2023
17 Wartawan Cemerlang Raih Anugerah Media Pembinaan 2023
17 Wartawan Cemerlang Raih Anugerah Media Pembinaan 2023

Sebanyak 176 penyertaan diterima pada tahun ini bagi semua kategori anugerah semenjak tarikh penyertaan dibuka pada Ogos lalu Kuala Lumpur, 4 Disember 2023: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini meraikan kecemerlangan 17 wartawan dan jurugambar di Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 (AMP 2023). Majlis Anugerah Media Pembinaan tidak dapat dilaksanakan semasa pandemik COVID-19 yang melanda negara, oleh itu AMP 2023 merupakan penganjuran kali pertama diadakan semenjak berakhirnya pandemik.

Anugerah Media Pembinaan (AMP) tahun ini merupakan kali ke-enam dianjurkan oleh CIDB Malaysia bersama Kementerian Kerja Raya (KKR). Anugerah ini memberi penghargaan kepada media yang telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif-inisiatif Kerajaan Malaysia dalam industri pembinaan. 

Penyampaian anugerah, disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, bersempena Malam Penghargaan Media Kementerian Kerja Raya. Objektif AMP adalah menggalakkan kandungan kewartawanan dan media massa mengenai industri pembinaan. Ini termasuk kandungan yang mengupas isu semasa berkaitan industri pembinaan seperti keselamatan, kelestarian alam sekitar, penggunaan teknologi serta topik-topik lain yang berkaitan.

mceia 1

This will close in 20 seconds