Skip to main content
Pendapat & PerspektifHeights

Kemunculan Bandar Pintar

By Ogos 17, 2023Ogos 28th, 2023No Comments
smart-cities

Perbincangan meriah yang berlegar mengenai bandar pintar sememangnya mempunyai asas yang kukuh. Hasil daripada penyepaduan IoT (Internet of Things – Internet Pelbagai Benda), perbandaran kini mampu untuk mengumpul dan menganalisis data daripada sistem pembinaan, rangkaian pengangkutan dan banyak lagi.

Revolusi dalam perancangan bandar ini telah menghasilkan operasi yang lebih cekap, hasil daripada maklumat masa nyata. Ini dapat menangani isu seperti pengurangan kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan dan memaklumkan kepada krew penyelenggaraan tentang keperluan apa-apa penyelenggaraan khusus untuk mengelakkan keadaan menjadi kritikal.

Bandar pintar mempunyai kesan yang menyeluruh, dari penggunaan tenaga kepada peningkatan mobiliti. Menurut laporan oleh International Data Corporation (IDC), perbelanjaan bandar pintar global telah mencecah AS$124 bilion pada 2020. Ini adalah peningkatan ketara iaitu hampir 20% daripada tahun sebelumnya dan merupakan petunjuk bahawa semakin banyak bandar yang melabur dalam infrastruktur pintar. IDC mengunjurkan bahawa pelaburan di bandar pintar akan terus berkembang dan mencapai AS$203 bilion menjelang 2024.

Penggunaan teknologi IoT di bandar pintar telah menghasilkan pelbagai manfaat. Sebagai contoh, sensor boleh memantau pelbagai perkara dari corak lalu lintas kepada penggunaan tenaga, yang boleh digunakan untuk melaksanakan sistem pengangkutan yang lebih baik dan selamat. Lampu jalan pintar boleh melaraskan kecerahannya berdasarkan tahap cahaya ambien, dan seterusnya menjimatkan tenaga. Sensor dalam sistem pengurusan sisa boleh mengoptimumkan laluan pengumpulan sampah dan menjimatkan masa dan bahan api.

Syarikat pembinaan memainkan peranan penting dalam membangunkan dan melaksanakan bandar pintar. Dengan kebangkitan bangunan pintar, syarikat pembinaan kini memberikan tumpuan kepada penciptaan struktur yang direka untuk menjadi lebih cekap tenaga, selain daripada menggunakan penyelesaian pencahayaan dan pemanasan pintar.

Seterusnya, syarikat pembinaan kini bekerjasama dengan majlis perbandaran untuk mereka bentuk dan melaksanakan infrastruktur pintar, seperti jalan raya dan jambatan, yang boleh memberi isyarat apabila mereka memerlukan penyelenggaraan.

Faedah yang diperoleh daripada bandar pintar telah terbukti. Di antara kelebihan yang wujud adalah peningkatan keselamatan, pertumbuhan mobiliti, dan penggunaan tenaga yang lebih mampan dan cekap.

Syarikat pembinaan yang mengamalkan konsep bandar pintar akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menawarkan penyelesaian inovatif kepada pelanggan mereka sambil memaksimumkan kecekapan operasi mereka.

mceia 1

This will close in 20 seconds