Skip to main content
ICW

Konvensyen Perintis Transformasi – Perubahan Tarikh

By October 19, 2023No Comments
Dimaklumkan bahawa Konvensyen Perintis Transformasi anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersempena International Construction Week (ICW 2023) yang dijadualkan pada 07 dan 08 November 2023 akan ditunda pada 28 November 2023 sehingga 29 November 2023.
Download Full Brochure

TUNTUTAN SEMULA HRD CORP
Syarikat yang menghantar peserta boleh membuat Tuntutan HRD Corp (SBL Khas).

Kenapa Anda Harus Hadir?

1

ESG ialah Masa Depan Pembinaan. Prinsip ESG yang berteraskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus kini menjadi penting kepada industri pembinaan. Menghadiri konvensyen ini akan melengkapkan kontraktor dengan pengetahuan yang diperlukan untuk terus berada di hadapan dalam industri yang sedang berkembang dalam era teknologi yang berasaskan kepantasan dan kepintaran.
2

Memahami dan menerima amalan ESG memberi kontraktor kelebihan daya saing yang ketara kerana pelanggan dan pihak berkepentingan semakin menghargai kemampanan dan amalan perniagaan yang beretika.
3

Peluang pertumbuhan perniagaan secara mampan kerana amalan ESG bukan sekadar bertanggungjawab secara sosial; tetapi juga menyumbang kepada keuntungan. Kontraktor boleh mempelajari cara amalan mampan yang boleh membawa kepada penjimatan kos, kecekapan projek dan peningkatan keuntungan.
4

Konvensyen ini menyediakan peluang unik untuk berhubung dengan pakar industri, rakan kontraktor dan inovator kemampanan. Peluang jalinan rangkaian boleh membawa kepada perkongsian berharga, kerjasama dan peluang perniagaan baharu.
5

Kontraktor bakal mendapat cerapan daripada kajian kes dan amalan terbaik ESG dunia sebenar dan menggunakan pengetahuan ini terus kepada projek yang sedang berjalan dan akan datang bagi meningkatkan kualiti projek dan kepuasan pelanggan.
6

Konvensyen ini juga mengadakan pameran inovasi yang boleh di terokai bagi memacu pembinaan mampan. Mempelajari tentang alatan dan amalan termaju boleh meningkatkan hasil dan kecekapan projek.
7

ESG bukan sekadar trend; tetapi juga satu komitmen terhadap amalan perniagaan yang beretika dan bertanggungjawab. Konvensyen ini akan membantu kontraktor memenuhi kewajipan dan terus menyumbang secara positif kepada alam sekitar, masyarakat dan tadbir urus.
8

Amalan ESG boleh membantu kontraktor mengurangkan risiko yang berkaitan dengan isu alam sekitar dan sosial, pematuhan peraturan, dan jangkaan pihak berkepentingan. Mempelajari cara mengurus risiko ini secara proaktif adalah penting untuk kejayaan jangka panjang.
9

Dengan menghadiri konvensyen ini, kontraktor boleh mendapat inspirasi untuk melakukan perubahan dalam organisasi mereka dan industri secara keseluruhan, menyumbang kepada masa depan yang lebih bertanggungjawab dan mampan.

Kekal berdaya saing, kembangkan perniagaan, besarkan rangkaian, pertingkatkan profesion dengan nilai etika dan menyumbang kepada komuniti dan masyarakat yang terkesan dengan pembinaan.

Ini adalah peluang untuk mendapatkan pengetahuan, lonjakan idea dan inspirasi untuk masa depan yang lebih mampan dan berjaya dalam industri pembinaan.

Konvensyen Perintis Transformasi ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada kontraktor berkaitan perkara seperti berikut:

1. Dedahan ESG
Memperkenalkan konsep ESG kepada kontraktor dan kaitannya dengan industri pembinaan.

2. Kepentingan ESG
Mendidik peserta tentang kepentingan menggabungkan amalan mampan ke dalam perniagaan

3. Peluang Rangkaian
Memupuk peluang rangkaian dan pertukaran idea di kalangan peserta bagi meluaskan potensi kaloborasi untuk kecemerlangan diri dan kejayaan perniagaan dalam industri.

4. Anjakan Pemikiran
Mengwujudkan platform untuk kontraktor generasi digital membentuk wawasan dengan penerokaan strategi, pendedahan maklumat, anjakan pemikiran kreatif serta lonjakan motivasi untuk diaplikasi dalam perniagaan kontraktor.

Terdapat dua (2) Elemen utama dalam Konvensyen Perintis Transformasi yang akan diketengahkan untuk mencapai matlamat penganjuran konvensyen yang akan diadakan.

ELEMEN UTAMA

1. Sesi Perkongsian
Empat Sesi Perkongsian Pengetahuan menampilkan pakar industri, pembuat dasar, pemimpin pemikiran dan pemain industri untuk berkongsi pandangan, pengalaman, amalan terbaik dalam industri binaan serta memberi inspirasi untuk peserta melangkah lebih jauh lagi.

2. Forum Interaktif
Forum Interaktif dengan tumpuan tiga (3) tonggak utama ESG:

i.Keupayaan mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar
ii. Membina hubungan dengan komuniti setempat
iii. Mengurus kontrak dengan amalan baik dan telus

Daftar sekarang dan mulakan perjalanan menuju transformasi yang masa kini!

PAKEJ A (1 HARI) – RM 350.00
(28 November 2023 – Selasa)

PAKEJ B (1.5 HARI) – RM 450.00
(28 & 29 November 2023 – Selasa & Rabu)

mceia 1

This will close in 20 seconds