Skip to main content
BeritaTip & PanduanHeights

Elak Denda Tinggi: Kontraktor Diingatkan Untuk Berdaftar Dan Perbaharui Pendaftaran Kontraktor

By Mac 20, 2024Mac 21st, 2024No Comments
Avoid High Fines: Contractors Are Reminded to Register and Renew Contractor

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ingin menasihatkan semua kontraktor untuk sentiasa memastikan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) masih di dalam tempoh sah pendaftaran sebelum mengakujanji, menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan pendakwaan. Terbaharu syarikat Coolcare (M) Sdn. Bhd. yang melakukan kerja-kerja pembinaan di Selangor telah dikenakan denda sebanyak RM70,000.00 oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam kerana menjalankan kerja pembinaan tanpa memiliki PPK yang dikeluarkan oleh CIDB.

Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) Seksyen 25, semua kontraktor pembinaan samada tempatan atau asing dikehendaki berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB sebelum mengakujanji, menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia. Pelanggaran Seksyen tersebut menyebabkan kontraktor boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit oleh Mahkamah.

Avoid High Fines: Contractors Are Reminded to Register and Renew Contractor

mceia 1

This will close in 20 seconds