Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

CREAM dan CIDB Melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Menyeluruh di Tapak Pembinaan Sekitar Bintulu

By Mac 20, 2024Mac 21st, 2024No Comments
CREAM and CIDB Conduct Comprehensive Enforcement Operations Across Bintulu Construction Sites

Pada 5 – 7 Mac 2024, CREAM telah menyertai Operasi Penguatkuasaan Bersepadu (OPB) dan Operasi Penguatkuasaan Khas (OPK) CIDB Negeri Sarawak Cawangan Bintulu di tapak pembinaan di sekitar bahagian Bintulu, Sarawak.

Seramai 48 anggota penguatkuasa CIDB (Negeri Sarawak dan Cawangan) serta anak syarikat dan lima agensi penguatkuasa yang turut serta dalam OPB ini iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), BOMBA, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kesihatan Bahagian Bintulu (KKM) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Operasi ini dijalankan pada 5 Mac 2024 di sebuah tapak Kolej Vokasional Bintulu yang sedang dalam pembinaan (projek bernilai RM21.5 juta).

Seterusnya seramai 22 anggota penguatkuasa CIDB (Negeri Sarawak dan Cawangan) serta anak syarikat telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Khas (OPK). Operasi ini dijalankan pada 6 Mac 2024 di tapak projek “Onshore Gas Plant for the Rosmari Marjoram Project” yang bernilai RM3.03 billion.

Pada 7 Mac 2024, operasi diteruskan di tapak bina sebuah kilang pemprosesan manganese alloy smelting (Sakura Ferroalloys) projek bernilai RM130.9 juta di Samalaju Industrial Park, Bintulu.

CREAM telah membantu CIDB khususnya dalam menguatkuasakan Akta 520, Jadual Keempat iaitu Pematuhan Akta 520 CIDB bagi skop bahan binaan. Diharapkan penyertaan CREAM bersama pegawai penguatkuasa CIDB dapat diperluaskan, seterusnya memberi kesedaran kepada pemain industri kepentingan pematuhan Akta 520 demi kualiti industri pembinaan dan keselamatan di tapak bina.

CREAM and CIDB Conduct Comprehensive Enforcement Operations Across Bintulu Construction Sites

mceia 1

This will close in 20 seconds