Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

CLAB Bersedia Urus Kemasukan Pekerja Binaan Asing, Kurangkan Isu Lambakan

By Mac 25, 2024No Comments
Clab Ready to Manage the Entry of Foreign Construction Workers, Reduce Oversupply Issue

Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) bersedia untuk menguruskan sepenuhnya pengambilan pekerja binaan asing di Malaysia, bagi mengurangkan masalah lambakan pekerja di dalam industri pembinaan.

“Selain pengambilan pekerja, CLAB juga menguruskan pertukaran pekerja daripada majikan yang tidak lagi memerlukan pekerja, kepada majikan yang memerlukannya. CLAB juga turut terlibat dalam program meregularisasikan Pekerja Asing Tanpa Izin di negara ini dibawah Program Rekalibrasi. CLAB yang merupakan anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersedia memainkan peranannya dalam kemasukan dan pertukaran pekerja asing dan memastikan pekerja-pekerja tersebut memenuhi semua peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkaitan,” kata Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya pada sidang akhbar sempena sambutan Ulang Tahun ke-20 CLAB pada 4 Mac 2024.

CLAB juga sedang menelusuri beberapa usahasama dalam penyediaan CLQ (Centralised Labour Quarters – Pusat Penginapan Pekerja Berpusat) yang bertempat di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Bagi memastikan pekerja binaan yang disediakan berupaya menjalankan kerja-kerja mengikut keperluan majikan, CLAB juga turut mengadakan temuduga dan ujian fizikal terhadap pekerja binaan asing termasuk mengangkat besi, memotong kayu, dan juga ujian kecergasan yang lain,” kata Ketua Eksekutif CLAB, En Abdul Rafik Bin Abdul Rajis.

Menurutnya, CLAB juga memperkenalkan aplikasi E-biodata bagi memberi kemudahan kepada kontraktor untuk membuat pemilihan biodata pekerja asing yang memenuhi kriteria yang diperlukan seperti maklumat lengkap individu dan butiran pengalaman pekerja.

Antara program lain yang telah disediakan oleh CLAB termasuk Program Ekspratriat, Program Perantisan bersama Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan platform mencari kerja secara percuma untuk industri pembinaan, www.jobskillz.my.

mceia 1

This will close in 20 seconds