Skip to main content
HeightsAcara & Pengumuman

CIDB Umum Pelantikan Ketua Eksekutif

By Oktober 6, 2023No Comments
CIDB Umum Pelantikan Ketua Eksekutif 02

Mohd Zaid Zakaria telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuatkuasa dari September, 2023. 

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Eksekutif I CIDB, telah berkhidmat selama 22 tahun di dalam organisasi tersebut dengan mengetuai Sektor Pembangunan Teknologi, Sektor Kontraktor & Levi, Sektor Penguatkuasaan dan pernah menjadi Pengarah Negeri CIDB Selangor. 

Mohd Zaid telah berkhidmat dengan Kerajaan dan terlibat dalam industri pembinaan selama lebih daripada 34 tahun, termasuk sebagai Juruukur Bahan di Jabatan Kerja Raya selama 14 tahun. 

Selain terlibat dalam merangka dasar dan halatuju yang bersesuaian untuk CIDB dalam menerajui industri pembinaan negara, beliau juga aktif memberikan sumbangan kepada badan professional seperti Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) dan The Royal Insititution of Suveryors Malaysia (RISM). 

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Awam (Kejuruteraan Pembinaan dan Pengurusan Projek) dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ukur Bahan dari Liverpool Polytechnic, United Kingdom. 

Mohd Zaid dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB bagi menggantikan Datuk Ir Ahmad ‘Asri yang telah menamatkan perkhidmatan kontrak pada 30 Ogos 2023, setelah berkhidmat selama 38 tahun di perkhidmatan awam.

mceia 1

This will close in 20 seconds