Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

Sesi Libat Urus bersama Pelaksaan Industrialised Building System (IBS) di Negeri Sarawak

By Januari 9, 2024No Comments
Kejayaan Gamuda di Taiwan: RM3.45 Bilion untuk Projek MRT

Pihak Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) dan Sektor Pembangunan Teknologi (SPT), CIDB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG), Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Perbadanan PR1MA Malaysia (Sarawak), CIDB IBS, Akademi Binaan Sarawak (ABM), dan tuan rumah CIDB Negeri Sarawak atas kerjasama dalam membincangkan masalah dan isu yang dihadapi dalam pelaksanaan IBS di projek kerajaan di Negeri Sarawak.

Sesi libat urus bermula dengan sesi pencambahan input daripada wakil-wakil utama sektor Kerajaan pada 20 Disember 2023. Cabaran utama yang dibangkitkan dalam perbincangan ini adalah isu operasi logistik untuk mengangkut komponen bangunan IBS ke lokasi terpencil, ketersediaan pembekal yang terhad, dan keberkesanan program latihan untuk memastikan bekalan pekerja mahir yang stabil. Sesi libat urus dilanjutkan dengan 3 lawatan tapak untuk mengkaji dan menyaksikan pelaksanaan IBS. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Zainora Zainal, Pengurus Besar Kanan, SPT, CIDB. Lawatan tersebut meliputi kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar.

Sesi Libat Urus bersama Pelaksaan Industrialised Building System (IBS) di Negeri Sarawak

Pihak CREAM juga merakamkan penghargaan kepada SEDES Enterprise Sdn. Bhd. kerana memberi peluang melawat tapak pembinaan Rumah Spektra Permata (RSP) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) yang terletak di Santubong menggunakan sistem pratuang. Terima kasih juga kepada S.P.C. Construction Sdn. Bhd. kerana memberi ruang untuk melawat tapak pembinaan mereka untuk pembangunan kediaman di Samarahan pada 21 Dis 2023 yang menggunakan system inovasi yang dibekalkan dari Semenanjung. Satu lagi lawatan tapak turut dijalankan pada hari yang sama iaitu tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan Tambay di Kota Samarahan. MAJESTIKA Sdn. Bhd. juga telah beri peluang lawatan tapak projek sekolah ini yang mempamerkan penggunaan sistem pratuang dan blockwork. Semasa lawatan ini, banyak input isu dan cabaran dikongsikan bagi setiap projek yang sedang dilaksanakan dan telah dilalui sebelum ini.

Sesi Libat Urus bersama Pelaksaan Industrialised Building System (IBS) di Negeri Sarawak

Pihak CIDB di bawah CREAM telah melengkapkan pembangunan Makmal bagi pengujian IBS di MKRM Sarawak. Pn. Zainora Zainal telah membuat kunjungan bagi melihat perkembangan MKRM dan juga fasiliti yang ada serta dalam perancangan untuk dilengkapkan. Pihak CREAM juga ingin merakamkan tahniah diatas kejayaan pihak MKRM Sarawak yang telah berjaya diiktiraf serta telah menerima akreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia di bawah MS ISO/IEC 17025:2017 baru-baru ini.

mceia 1

This will close in 20 seconds