Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

Pelancaran Produk Aluminium Pertama Memperolehi PPS

By Januari 12, 2024No Comments
Pelancaran Produk Aluminium Pertama Memperolehi PPS

Pelancaran produk Aluminium pertama baru-baru ini yang memperolehi Perakuan Pematuhan Standard (PPS) CIDB yang patuh kepada standard MS832 dan MS1017 menandakan detik penting untuk menyaksikan. Majlis pelancaran produk ini telah dianjurkan oleh Persatuan Industri Fasad Malaysia (PIFM) dan diadakan di LB Aluminium Berhad, Beranang, Semenyih.

Pelancaran Produk Aluminium Pertama Memperolehi PPS

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia. Turut hadir juga daripada CIDB iaitu Pn. Zainora Zainal, Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi, Sr Nazir Muhamad Nor, Pengurus Besar Bahagian Standard & Bahan Binaan, dan pegawai-pegawai CIDB yang lain. 

Majlis ini juga diadakan bertujuan untuk mewar-warkan berkenaan pematuhan terhadap standard MS832 dan MS1017 yang telah bermula sejak 1 September 2023. Selain itu, dengan majlis ini juga CIDB amat menggalakkan penggiat industri untuk mengutamakan penggunaan produk tempatan supaya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam negara.

mceia 1

This will close in 20 seconds