Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

Memperkasakan Piawaian Industri

By Februari 5, 2024No Comments
Empowering Industry Standards

Pada 31 Januari 2024, CIDB Negeri Selangor telah menganjurkan Program Libat Urus Bersama Industri Bagi Perakuan Pematuhan Standard (PPS) Bahan Binaan Aluminium Alloy Windows (MS 832) dan Aluminium Framed Sliding Glass Doors (MS 1017) yang diadakan di ABM Wilayah Tengah, Kuala Lumpur.

Empowering Industry Standards

Program ini diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada pihak industri berkenaan peruntukan Akta 520 yang berkaitan dengan bahan binaan serta memaklumkan kepada pihak industri mengenai keperluan dan prosedur mendapatkan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) dan Product Certificate (PC) bagi bahan binaan Aluminium Alloy Windows (MS 832:2022) dan Aluminium Framed Sliding Glass Doors (MS 1017:2022). Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyediakan platform kepada pihak industri untuk berinteraksi secara langsung dengan pihak CIDB dan pihak Badan Pensijilan.

mceia 1

This will close in 20 seconds