Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

CIDB & SEDC Meterai Kerjasama Dalam Meningkatkan Pembangunan Kompetensi Pembinaan DI Sarawak

By Februari 7, 2024No Comments
CIDB & SEDC Seal Cooperation in Enhancing Construction Competency Development in Sarawak

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk meningkatkan pembangunan kompetensi di dalam industri pembinaan khusunya di Sarawak.

MoU antara CIDB dan SEDC ini menekankan beberapa perkara antaranya adalah perkongsian pengetahuan, program latihan dan pembangunan kompetensi, program pembangunan kontraktor, teknologi pembinaan dan khidmat nasihat bagi amalan terbaik pembinaan. Kesemua inisiatif ini akan dilaksanakan oleh anak syarikat CIDB iaitu Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak bersama-sama Sara Resort Management Sendirian Berhad yang merupakan anak syarikat SEDC. 

MoU antara CIDB dan SEDC ditandatangani oleh Ketua Eksekutif, Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, mewakili CIDB dan Pengurus Besar, SEDC, Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir. Manakala MoU antara ABM Wilayah Sarawak dan Sara Resort Management Sdn. Bhd. ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif, ABM Wilayah Sarawak, Encik Abdul Rahman Bin Ahmad dan Sara Resort Management Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Pengarah Urusan, Puan Hartinah Annuar.

CIDB & SEDC Seal Cooperation in Enhancing Construction Competency Development in Sarawak

“Fenomena globalisasi meningkatkan permintaan (demand) terhadap pekerja dan profesional yang tidak hanya mahir dalam asas teknikal, tetapi juga mempunyai kebolehan mengakses, berkongsi dan mengaplikasikan pengetahuan terkini. Dalam konteks ini, MOU ini bukan hanya satu langkah ke hadapan bagi CIDB Malaysia dan SEDC, tetapi juga untuk membawa pekerja binaan Malaysia setaraf dengan pasaran antarabangsa,” kata Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB.

“SEDC amat mengalu-alukan kerjasama dengan CIDB bagi memastikan negeri Sarawak kehadapan di dalam kompetensi pembinaan sejajar dengan pembangunan pesat industri pembinaan di bumi kenyalang ini” kata Pengurus Besar SEDC, Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir.

Pertumbuhan industri pembinaan di Sarawak akan memberikan manfaat besar kepada rakyat tempatan. Ia bukan sekadar mengenai pembinaan bangunan, tetapi turut melibatkan “pembinaan” bakat, kemahiran dan profesionalisme. Melalui kerjasama dua hala yang strategik, kita membuka pintu kepada lebih banyak peluang pekerjaan, pembangunan komuniti, dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

mceia 1

This will close in 20 seconds