Skip to main content
HeightsBerita

Kerjasama Strategik: Perkongsian Zambia-Malaysia Meneroka Peluang Pembinaan di ICW 2023

By November 24, 2023No Comments
Kerjasama Strategik: Perkongsian Zambia-Malaysia Meneroka Peluang Pembinaan di ICW 2023

Satu sesi FORGING PARTNERSHIPS: REPUBLIC OF ZAMBIA – MALAYSIA telah diadakan sempena International Construction Week (ICW) 2023 yang berlangsung di MITEC Kuala Lumpur. Sesi perbincangan dua hala antara dua negara bertujuan meneroka peluang kerja pembinaan Zambia.

Seramai 17 orang delegasi daripada Republik Zambia diketuai oleh Menteri Infrastruktur, Perumahan dan Pembangunan Bandar iaitu Hon. Eng. Charles Milupi serta wakil kementerian dan persatuan berkaitan pembinaan Zambia. 

Wakil Malaysia terdiri daripada 14 orang, diketuai oleh Pn. Zainora Zainal, Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan Teknologi, CIDB Malaysia bersama-sama 11 agensi iaitu Exim Bank Malaysia Berhad; Aerodyne Group; MCC Overseas (M) Sdn. Bhd.; Triterra Metropolis Sdn. Bhd.; Meinhardt Malaysia Sdn. Bhd.; The Veritas Design Group; Sunway Construction Sdn. Bhd.; PETRONAS; Chartered Association of Building Engineers; dan MBAM.

Kerjasama Strategik: Perkongsian Zambia-Malaysia Meneroka Peluang Pembinaan di ICW 2023

mceia 1

This will close in 20 seconds