Skip to main content
Pandangan GlobalTampilan KhasHeights

Kecekapan Tenaga dalam Pembinaan Lestari

By November 14, 2023No Comments
Kecekapan Tenaga dalam Pembinaan Lestari - Architecture Sky

Dalam siri ini, pasukan HEIGHTS akan meneroka kemajuan dalam bahan-bahan pembinaan, dari pilihan yang menjimatkan tenaga hingga yang mempunyai daya tahan dan estetika yang lebih baik.

Dalam dunia di mana industri pembinaan sentiasa berubah, fokus diberikan kepada bahan binaan inovatif yang sedang mengubah cara kita membina dunia kita.

Secara tradisinya, cara pembinaan sering menyumbang kepada pembaziran tenaga dan masalah alam sekitar. Namun, persilangan teknologi dan sains bahan telah melahirkan pelbagai bahan binaan yang menjimatkan tenaga yang menjanjikan masa depan yang lebih hijau.

Bahan-bahan ini direka dengan teliti untuk mengurangkan penggunaan tenaga semasa pembinaan dan kitar hayat bangunan. Salah satunya adalah penggunaan Sistem Beton Berinsulasi ataupun dikenali sebagai insulated concrete forms (ICFs) yang mempunyai elemen penebat (insulating foam) di antara lapisan konkrit untuk membentuk selubung termal. Hasilnya – kita dapat memperolehi kawalan suhu yang lebih baik dalam struktur, menjadikan sistem pemanasan atau penyejukan berlebihan tidak diperlukan.

Pasaran global ICF dijangka mencapai kadar purata kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) 27.5%.

Selain ICF, bahan bumbung sejuk juga (cool roofing) juga menjadi pilihan kegemaran bagi pembina yang prihatin terhadap alam sekitar – kerana is dapat mengurangan pergantungan pada sistem pengawalan suhu yang menggunakan tenaga yang tinggi.

Tetapi semua ini tidak berhenti pada isu penjimatan tenaga sahaja. Peningkatan dalam bahan-bahan kitar semula juga memberi sumbangan aktif kepada pembinaan lestari. Bahan-bahan seperti kayu tebus guna (reclaimed wood), keluli kitar semula, dan buluh fleksibel kini manjadi sebahagian dari amalan pembinaan kontemporari.

Sektor pembinaan mempunyai impak alam sekitar yang signifikan. Ia menyumbang kepada 40% daripada semua pelepasan CO2. Dari pengeluaran dan pembuatan bahan binaan hingga kepada proses pembinaan itu sendiri, ia adalah sektor dengan pelepasan CO2 yang tinggi.

Bagi industri pembinaan Malaysia, bahan binaan berkesan tenaga ini adalah penting untuk mencapai matlamat kelestarian negara.

Dalam bahagian seterusnya, kita akan mengkaji bahan pembinaan berprestasi tinggi (high performance materials).

Artikel 2: Bahan Prestasi Tinggi Menjadikan Struktur Lebih Kekal

Artikel 3: Evolusi Estetika dalam Pembuatan Bahan Binaan

Artikel 4: Bahan Pintar: Merevolusi Kecekapan Pembinaan

mceia 1

This will close in 20 seconds