Skip to main content
Kisah KejayaanHeightsBerita

Dari Latihan CIDB ke Kejayaan Keusahawanan: Perjalanan Aiman Syahmi dalam Bidang Penyaman Udara

By Februari 29, 2024Mac 1st, 2024No Comments
From CIDB Training to Entrepreneurial Success: Aiman Syahmi's Journey in the Air Conditioning Trade

Alumni ABM Wilayah Selatan, Aiman Syahmi bin Adnan, 29 tahun yang pernah menjalani Latihan dan Penilaian CIDB dalam tred Air-Conditioning selama 4 bulan pada 2013 di kampus Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan), Institusi Latihan & Penilaian CIDB telah dinobatkan sebagai IKON usahawan dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka pada 17hb Feb 2024 bertempat di MITC Melaka. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Mustapha bin Sakmud.

Selepas menamatkan pengajian di ABM, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang elektrikal iaitu Diploma Elektronik (Kawalan) di Politeknik Melaka dalam tempoh 3 tahun. Dengan kemahiran yang ada, beliau telah mula berjinak dalam kerja-kerja perkhidmatan Air-Conditioning dan Electrical sejak pada tahun akhir pengajian lagi.

From CIDB Training to Entrepreneurial Success: Aiman Syahmi's Journey in the Air Conditioning Trade

Setelah menamatkan pengajian pada tahun 2017, beliau terus memulakan kerjaya sebagai kontraktor dengan mendaftarkan syarikat miliknya, Triple C Lightning Enterprise dengan CIDB sebagai Kontraktor G1.

Bagi memantapkan kerjaya sebagai usahawan, beliau telah melanjutkan pengajian di IKM dalam Diploma Techno-Usahawan Air-Conditioning sehingga tamat pada tahun 2020.

From CIDB Training to Entrepreneurial Success: Aiman Syahmi's Journey in the Air Conditioning Trade

Kini beliau merupakan kontraktor Air-Conditioning dan Electrical yang mempunyai pejabat operasi di Bukit Rambai, Melaka dan mempunyai 2 cawangan pejabat di Alor Gajah dan Jasin, Melaka dengan jumlah kakitangan seramai 16 orang. Purata pendapatan pada tahun lepas, 2023 adalah RM 3.5 juta.

Beliau yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga pada tahun 2022 yang lepas berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya sebagai pembekal Air-Conditioning di Negeri Melaka.

mceia 1

This will close in 20 seconds