Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

CIDB Jalin Kerjasama Dengan MRCB Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan TVET Pembinaan

By Ogos 30, 2023No Comments
Memahami Pensijilan Bangunan Hijau: Melangkah ke Arah Pembinaan Mampan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET dalam industri Pembinaan Malaysia.

Kerjasama ini akan dilaksanakan menerusi pembangunan kompetensi pelatih TVET termasuk kurikulum, tenaga pengajar serta infrastruktur latihan. Program kerjasama ini akan memberi tumpuan khusus kepada Pembinaan Modular, iaitu satu kaedah pembinaan mampan yang mampu mengurangkan sisa dan pelepasan karbon, serta mengurangkan pergantungan industri kepada tenaga buruh asing.

Kerjasama ini dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) oleh CIDB Holdings, anak syarikat CIDB Malaysia dan MRCB. Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia yang juga merangkap Pengerusi CIDB Holdings menandatangani MoU tersebut bagi pihak CIDB Holdings, manakala Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Bin Abdul Karim, Naib Presiden Eksekutif menandatangani bagi pihak MRCB.

MoU ini ditandatangani berikutan pembentangan Bajet 2023 yang menyebut MRCB sebagai peneraju industri pembinaan yang dikenal pasti untuk memperkasakan kerjasama awam-swasta dalam memastikan program-program TVET dapat memenuhi tuntutan industri.

Menerusi kerjasama ini, MRCB akan memberikan sumbangan dan perkongsian kemudahan serta peralatan, pembangunan kurikulum dan bahan latihan seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak. Selain itu, MRCB akan turut memberi sumbangan khidmat kepakaran dalam peningkatan kebolehpasaran graduan TVET dalam pembangunan kompetensi termasuk kurikulum, tenaga pengajar serta infrastruktur latihan. Selain itu, MRCB juga akan memberi pertimbangan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada graduan TVET yang berkelayakan.

Sementara itu, CIDB Holdings akan berkongsi maklumat dan kepakaran, berkaitan pembangunan kapasiti dan program latihan kecekapan kemahiran, inovasi dan teknologi pembinaan yang boleh menambah nilai kepada bidang pembinaan. CIDB Holdings juga akan memberi kerjasama dengan memberi input dan menyokong inisiatif penambahbaikan latihan melalui penambahbaikan kurikulum dan bahan pembelajaran.

Perlaksanaan kerjasama ini akan melibatkan Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Tech, iaitu pusat latihan yang dikelolakan CIDB melalui CIDB Holdings.

mceia 1

This will close in 20 seconds