Skip to main content
HeightsBerita

Penyerahan Pensijilan QLASSIC Dan SHASSIC Kepada Skyworld

By Mac 14, 2024Mac 15th, 2024No Comments
QLASSIC and SHASSIC Certification Submission to Skyworld

YBhg. Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB telah menyampaikan sijil penilaian QLASSIC dan SHASSIC kepada pihak Skyworld bersempena dengan Majlis Penyerahan Kunci Kediaman Residensi SkyAwani 5, Jalan Dato Senu 3, Sentul, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada 9 Mac 2024.

QLASSIC and SHASSIC Certification Submission to Skyworld
QLASSIC and SHASSIC Certification Submission to Skyworld

Projek kediaman ini telah mencapai penilaian QLASSIC dan penilaian SHASSIC masing-masing dengan skor 84% dan 5 bintang. CIDB ingin mengucapkan terima kasih kepada Skyworld di atas sokongan yang diberikan terhadap program-program CIDB. Sokongan ini amat bermakna dalam memastikan kualiti mutu kerja serta keselamatan dan kesihatan di tapak bina diberi keutamaan yang sewajarnya.

CIDB juga berharap agar semua pemain industri turut menjadikan penilaian QLASSIC dan SHASSIC sebagai alat penarafan yang mampu meningkatkan imej sektor pembinaan dan memberikan hasil kediaman yang terbaik kepada rakyat.

Tahniah kepada Skyworld atas pencapaian cemerlang ini.

mceia 1

This will close in 20 seconds